? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 2 Oktober 2009

Roh solat..


"Sudah pupus lelaki sekarang ni yang istiqamah solat," kenyataan dari mulut seorang wanita yang kukenali membuatkan aku sedikit terkejut.

Bibirku sedikit mengukir senyum dengan tohmahan pukul rata itu kerana hati tidak menyetujui kenyataan 'kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar' yang dikeluarkan oleh wanita itu seratus peratus.

Melalui satu kaji selidik yang dibuat oleh seorang prof bahagian Dakwah untuk PHDnya membuktikan bahawa majoriti golongan tidak solat dan sering meninggalkan solat adalah lelaki.

Di sini tidak ingin kuwujudkan perbalahan antara lelaki dan wanita yang sering ada pertikaian antara dua jantina ini tentang sesetengah perkara yang mahu ditegakkan antara benar dan salah. Prof yang membuat kajian itu juga merupakan seorang ustaz yang sering menjadikan solat sebagai satu fokus utama bukan sahaja dalam hidupnya tetapi dalam bidang ilmiah.

Punca para pensyarah dan pelajar di universitinya yang dikaji selidik tidak solat adalah kerana waktu rehat yang pendek dan tempat solat yang tidak selesa. Alasan itu menimbulkan berang yang dilontarkan kepada pelajar-pelajarnya.

Justeru aku teringat pada sahabat-sahabat yang turut serta satu rombongan ke Sinai ketika di Mesir dahulu. Pemandu bas yang membawa mereka tersesat dan satu rombongan bas itu turun mendirikan solat jamak ta'khir dan qasar Zohor dan Asar di padang pasir yang lapang kerana tidak mahu terlepas dari waktunya. Solat dapat dilaksanakan di mana sahaja asalkan suci dan bersih dari najis itu telah dilaksanakan oleh anak melayu yang sememangnya bangsa yang kuat menjadikan kebiasaan itu sebagai kewajipan.

Pernah kuterdengar bisikan antara seorang tua dan wanita muda kerana aku dan sahabat hendak solat hanya berjubah, bertudung dan berstoking tanpa telekung di sebuah masjid di timur semenanjung.

Jika bangsa arab memang mudah didapati mereka solat di mana sahaja bukan setakat masjid dan surau. Bangsa kasar yang mengutamakan ibadah, menurut kata Prof itu berbeza dengan muslim Asia yang agak goyah pegangannya. Juga sepertimana kajian pelajar-pelajar barat tentang solat sebagai sumber kekuatan umat Islam. Justeru target non muslim itu untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam adalah menjauhkan bangsa arab dari roh solat itu sendiri. Menurut mereka selagi wujud bangsa arab yang istiqamah melaksanakan kewajipan itu maka selagi itulah Islam sukar ditumbangkan.

Melalui kajian itu juga majoriti yang meninggalkan solat adalah perokok.

"Mungkin kerana hati dah gelap," lanjut wanita yang berbicara denganku tadi dengan hujah beremosinya.

Aku hanya mendengar tanpa mencelah kerana tidak mahu menghuraikannya secara sembrono.

Non muslim turut mendapat kertas soal selidik itu dan hasilnya ada juga yang menyatakan bahawa rakan muslim mereka ramai yang meninggalkan solat walaupun diingatkan oleh mereka yang memahami bahawa solat itu adalah kewajipan bagi muslim.

Seorang rakanku pernah bercerita tentang seorang rakan cinanya yang sering mengejutkan rakan sebilik untuk solat Subuh pada setiap pagi.

Ketika di kolej dahulu rakan sekuliahku merungut tentang rakan biliknya yang mengambil syariah liat bangun mengerjakan solat Subuh. Disamping 4 waktu solat fardu lain yang dilaksanakn di penghujung. Jika Prof itu berkata pelajar pengajian Islam solat kerana memang belajar tentang agama jika tidak mungkin mengabaikannya juga mungkin ada pengecualiannya melalui pengalamanku sendiri melalui cerita tadi.

"Apa guna berbuat baik jika solat tiada dalam agenda hidup..boleh diumpakan seperti bukan Islam yang bersedekah dan sebagainya tanpa mendapat ganjaran pahala," bersemangat wanita itu meluahkan perumpamaannya.

Bersyukurlah jika kita termasuk hamba-Nya yang tidak meninggalkan solat.
Justeru turutlah sama mengajak hamba-Nya mengerjakan kewajipan itu tanpa meninggalkan walau sewaktu.
Jika beberapa kali mengajak tidak dipedulikan, jangan pula berputus asa.
Insha Allah dengan hidayah Yang Esa pintu hati mereka akan terbuka.

***Sesampai di lapangan terbang Kaherah di waktu Subuh membuatkan kami tidak melengahkan waktu solat Subuh kerana tidak mahu terlepas waktu. Sekadar di ruang bawah jauh sedikit dari tandas kerana lokasi surau yang tidak diketahui. Hanya berlapikkan kotak kerana sejadah berada di dalam beg kargo.

Bangsaku di tanahair sendiri sudah tahu kerana ada yang solat di kawasan lapang bersebelahan kerusi menunggu di ruang bawah lapangan terbang Kepala Batas akibat kesesakkan jemaah di dalam surau kecil di situ.

***Kagum pada seorang rakan yang meninggalkan bidang kejuruteraannya dan menceburi perguruan kerana solat dan faktor lainnya yang lebih menghimpit dari melaksanakan kewajipan itu dengan sempurna.
Beranikah tidak agaknya mengajak pengunjung-pengunjung sebuah pasaraya untuk turut serta menunaikan solat apabila azan berkumandang?

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

"SOLAT ITU TIANG AGAMA. SO, KALAU TIADA TIANG, MAKA TAK USAHLAH DIBANGGAKAN SEHEBAT MANA REKAANYA,SEHALUS MANA ARKITEKNYA,...ROBOH JUA BINAAN ITU.
BETUL TAK?


EDISI 2009 EN.ADI

eva berkata...

betul sangat..tapi sayang seribu kali sayang masih ada yang membinan tanpa tiang atau tiang yang ada tidak kukuh dan mudah goyah..

sama2lah kita muhasabah diri..

Tanpa Nama berkata...

Solat adalah makanan roh - manusia yang sebenarnya. Tapi kebanyakkan manusia lebih memberi tumpuan pada makanan jasmani (badan)-pakaian roh yang akan hancur musnah dan bukannya roh yg kekal abadi. Hanya mereka yang menyuburkan roh(solat+zakat+puasa+buat kebajikan dll yg allah suruh) dapat menghadapi fizikal allah di akhirat nanti.
Kebanyakkan manusia jatuh pada penyekutuan pada Allah yakni memuja pujaan2 diSAMPINGNYA baik dalam solat mahupun Syahadah dan berpegang pada hadis selain Allah (QURAN)serta membohongi Allah dan RasulNYA.
maka Allah memasang belenggu dan penghadang di depan dan dibelakang pd org2 yang ingkar akan bukti-buktinya. (Baca dan faham banyak2........ Surah Yasin dari ayat 1 hingga 11- siapa yg allah maksudkan? )banyak lagi BUKTI fizikal yang Allah berikan di QURAN dan bukan dengar kata2..renungkan dan adakah kita mengkajinya???
Berdoalah apabila umur kita telah mencecah umur matang 40 tahun seperti yg Allah anjurkan di Surah 46 ayat 15.
Mohon bimbingan pada Allah sahaja jgn ikut kebanyakkan manusia nanti kamu sesat.
Hanya SEMBAH ALLAH SAHAJA!
http://submission.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...