? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 2 Februari 2017

Saya masih di sini..


    Saya masih ada di atas muka bumi ini. Alhamdulillah sehingga saat ini masih bernafas. Hanya blog sahaja seperti tidak bertuan. Hehe. Malas tahap apa lagi ni sejak ada wassup, telegram, we chat, instagram dll. Corak kehidupan juga turut berubah sejak hidup berdua. Alhamdulillah juga saya cepat menyesuaikan diri dengan pertukaran ini dalam masa yang singkat walhal selama 37 tahun 10 bulan saya hidup membujang.

    Mulanya agak ragu- ragu dengan corak kehidupan berumahtangga. Pelbagai perkara negatif dalam fikiran. Teruknya la godaan syaitan serta emo negatif dalam diri. Namun kenyataannya adalah perlu memainkan peranan mengikut acuan Allah Taala. Its so simple. Seorang isteri mainkan peranan isteri mengikut acuan yang ditulis dalam Al-Quran dan sunnah. Seorang suami juga turut memainkan peranan suami mengikut acuan yang sama. 

    Mana mungkin tiada rasa yang menjeruk. Rasa marah, cemburu dan sebagainya kerana kita adalah manusia yang dibekalkan dengan semua sifat tersebut. Kurangkan sahaja semua itu. Bersabar tonggak kejayaan sesebuah hubungan. 

    Akan ada yang berkata barangkali. Masih belum dikurniakan anak bolehlah bernada bunga bahagia. Sebenarnya saya mengharapkan penyeri itu hadir segera dalam kanvas hidup kami kerana saya mahu merasai nadi seorang ibu pula. Merasa kekuatan seorang ibu mengandung, melahirkan serta membesarkan zuriat dari rahim ini. Merasai perit berjaga tengah malam menyusukan serta menjaga anak sakit. 

    Saya bersyukur dengan anugerah diberi. Saya akan jaga segala yang diberi sepenuh hati. 

    Kami punya hobi yang serasi. Pantai, ombak, desir angin, pasir memutih, kedamaian dan ketenangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...