? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Rabu, 31 Disember 2008

Erti tahun baru pada kita?


Pixel Code Graphics


Awal pagi menatap utusan online agak memeranjatkan dengan artikel
bertajuk ' Tahan, dakwa penganjur pesta seks tahun baru'.

Terkejut bukan kerana ia perkara baru namun
perkara seperti ini memang dijangka pada setiap sambutan.

Pesta seks, zina, rempit dan pelbagai lagi adalah cara sebahagian manusia
meraikan hari cuti umum ini pada setiap tahun.

Kenapa perkara seperti ini melanda masyarakat timur (Malaysia) yang tinggi
nilai kesopanan dan bermajoriti muslim

Hanya individu terbabit yang mampu menjawabnya.

Hakikatnya inilah cara hidup masyarakat barat yang telah
menular kepada kita dengan alasan up to date.

Inilah warisan British sebelum melangkah keluar dari Malaya
51 tahun dahulu.

Maka perjuangan Tok Janggut dan Dato' Maharajalela yang digantung
Dato' Bahaman yang dibuang daerah
Temenggung Jugah, Rosli Dhobi, Rentap, Mat Kilau
ada yang terkorban di medan perang
ada juga di penjara
dan
alim ulamak yang berjuang
untuk mempertahankan agama dan tanahair dari ditindas
hanya sia-sia belaka kerana agama sudah tiada nilai kepada generasi mereka

Baginda Rasullulah S.A.W juga menyebut "ummati...ummati...ummati"
yang bermaksud 'umatku...umatku dan umatku'
sebelum wafat kerana sayangkan umatnya
namun
umatnya tidak pernah rasa secubit ingatan padanya
apatahlagi hendak bersalawat kepada baginda.

Di manakah janji yang pernah kita lafazkan sejak azali kepada Allah
untuk berpegang dengan agamaNya?

Semuanya telah hilang lenyap ditelan nikmat dunia akibat kebohongan
yang dibuat iblis laknatullah melalui bangsa laknatullah iaitu Yahudi
bercampur
akal yang dipandu nafsu mazmumah

sedarlah!!!

Sebenarnya bukan sekadar Palestin yang ditindas
dijajah dan diserang
kita juga sedang diserang hebat oleh mereka
bukan menggunakan senjata, bom dan mortar
tetapi
menggunakan saraf

Memo: Maksiat yang dilakukan umat Islam sebenarnya adalah agenda yang telah diatur Yahudi
sejak dahulu. Ia sebenarnya telah disedari oleh ulama'-ulama' muktabar. Hanya kita
tidak menyedarinya akibat sering dilakukan maka menjadi kebiasaan malah sudah tidak
dianggap sebagai dosa. Yahudi telah berjaya dalam perancangannya dan umat Islam
tertewas lagi.

Selasa, 30 Disember 2008

Award + Ukhuwah

Terkejut juga buka blog semalam dapat award dari Alia. Terima kasih Alia di atas penghargaan awak. Moga ukhuwah kita berpanjangan dengan limpahan keredhoan dari Allah S.W.T.
Alhamdulillah sejak memasuki dunia blog ni dapat ramai kawan dari pelbagai negara dan latar belakang maka sesuailah dengan firman Allah yang bermaksud:

"Wahai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu semua daripada jenis lelaki dan perempuan dan kemudian Kami menjadikan kamu berbilang bangsa dan kaum supaya kalian dapat saling mengenal sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah di antara kamu adalah yang paling bertakwa,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Mewaspadai."

(Al-Hujurat :13)

Ukhuwah adalah perkara yang dititikberatkan dalam Islam. Ini kerana ia mewujudkan perdamaian dan menggelakkan persengketaan sesama manusia.

Rasul junjungan juga telah menjalinkan ukhuwah bukan sahaja dengan sesama Islam malah orang Islam dan melindungi kaum Yahudi di bawah Piagam Madinah.

Jika diambil ajaran yang dibawa Nabi Muhammad ini maka kehidupan akan menjadi indah di samping keamanan dunia dapat dikecapi.
Memo : marilah kita sama-sama doakan agar pencerobohan di Gaza dan Rafah
Palestin dihentikan. Amin Ya Rabb.

Isnin, 29 Disember 2008

Mati itu pasti...ingat mati itu mesti


Al-fatihah buat armarhum Tuanku Ja'far Tuanku Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Disember 2008 di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana tidak sedarkan diri selepas mengadu sakit kepala.

Juga Al-Fatihah buat semua yang telah pergi menyahut seruan Ilahi.

Setiap yang hidup pasti akan mati.

Itulah hakikat kehidupan mempunyai permulaan dan penamatnya kerana sifat makhluk yang baharu berbeza dengan sifat Allah yang mencipta iaitu Baqa' yang bermaksud kekal.


Namun berapa orangkah antara kita yang mengingati mati?
atau

Berapa kalikah dalam sehari kita mengingati mati?


Mati sering dilupakan kerana ia dirahsiakan dari pengetahuan.

Firman Allah SWT :

Dan mereka berkata:" Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata ( Surah al-Jathiyah ayat 24).


Sesuai dengan akhirnya samada ditempatkan di syurga atau neraka maka kematian dirahsiakan dari pengetahuan .


Namun, Allah telah mengingatkan melalui kalamnya di dalam Al-Quran melalui surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud:


Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).


Maka melalui peringatan itu kita perlu melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya sebagai amal kebaikan.


Jika direnung bukanlah susah untuk menjadi penghuni syurga namun kekangan untuk beramal tetap wujud melalui

1. Dorongan dalaman iaitu NAFSU

2. Hasutan luaran iaitu syaitan dan dunia

Walaupun hanya dua benda sebagai kekangan sudah cukup melontarkan manusia ke dalam api neraka.

Oleh itu, akidah memang perlu dimantapkan

iman perlu diupgradekan


Jadi apa kata jika mulai saat ini

peruntukkan masa mengingati mati

agar amalan dilaksanakan

malah digandakan

kemungkaran ditinggalkan

semoga syurga menjadi tempat kita di sana.

Ahad, 28 Disember 2008

Pembukaan Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah melalui beberapa sms yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat semasa di kampung tadi. Ini bermakna sejak Maghrib tadi tirai 1430 Hijriah telah bermula.

Di waktu umat Islam menyambut tahun baru Hijrah, Malaysia digemparkan dengan berita blog menghina Nabi Muhammad S.A.W. Malah ia menggunakan nama seorang wanita melayu. Namun sukar dikesan pihak berkenaan kerana sistem pelayar berpengkalan di luar negara.

Ketika umat Islam menyambut tahun baru Hijrah juga Palestin dibedil peluru Israel meragut 155 nyawa serta 310 cedera. Maka Hamas dan puak-puak Palestin lain mengarahkan pejuang masing-masing menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu.
Dua berita panas yang kini sedang berlaku tidak memungkinkan kita sebagai orang Islam berpeluk tubuh sahaja. Ini tidak bermakna kita perlu ke Palestin untuk sama-sama mengangkat senjata. Juga tidak bermaksud berdemonstrasi jalanan membantah kewujudan blog menghina Nabi tersebut.
Namun kita punya tanggungjawab untuk prihatin dengan menadah tangan memohon pada Yang Esa agar penghinaan dan peperangan ini dihentikan.
Malah kita jangan lalai dan pentingkan diri dengan kenikmatan yang diperolehi kerana umat Islam saudara seakidah kita masih ramai diuji dengan kesusahan.
Kita juga jangan alpa dengan kenikmatan dunia ini kerana Islam tetap dimusuhi mereka-mereka yang dengkikan agama suci ini. Jalankan tanggungjawab sebagai muslim. Hindari Islam difitnah kerana kita.
Di mana langit dijunjung
Islam tetap menjadi pegangan

Jumaat, 26 Disember 2008

Azam 1430

1429 hanya berbaki dua hari sahaja lagi sebelum 1430 membuka tirai harinya. Entah kenapa hati ini tidak sebak seperti tahun-tahun sebelumnya untuk meninggalkan memori. Mungkin kerana hendak cepat menghabiskan kursus KPLI/j-QAF tapi sebelum itu kena menghadapi praktikum yang bermula pada minggu ke-3 persekolahan sehingga bulan April. Selepas itu pada bulan Jun pula berdepan dengan peperiksaan untuk major paper. Nampaknya setengah tahun depan masih kena berhempas pulas dan tidak dapat hendak bersenang lenang lagi.
Adakah istilah bersenang lenang untuk orang berdakwah? Itulah kelemahan manusia. Mudah bibir menuturkan kata untuk berdakwah dan berjihad tapi masih mahu bersenang lenang. Jalan memperolehi syurga dipenuhi duri ranjau sedangkan jalan ke neraka dipenuhi nikmat. Maka jika hendakkan pahala dakwah dan jihad niatkan kerja dan amal yang kita lakukan sehari-hari sebagai jihad dan dakwah. Pahala diperolehi di samping kerja lebih bermakna. Oleh itu marilah kita sama-sama niat tahun baru untuk menjadikan kerja kita sebagai dakwah dan jihad.
Buat anak didikku....ustazah akan kembali dengan semangat untuk memahirkan kalian akan Bahasa Al-Quran
Buat rakan-rakan sekerja....hadirku nanti insyAllah bersama kematanganku sebagai guru dan pekerja yang dapat melakukan semua perkara yang diperintahkan.
Moga surau baru kita nanti dapat memantapkan iman kita dan anak didik melalui solat.
Amin Ya Rabb


Khamis, 25 Disember 2008

Mabruk a'laikum

Nampaknya kuterima seorang lagi adik ipar perempuan kerana tarikh hari ini adik lelaki Dakwah Kusza telah selamat akad nikah. Membiak lagilah keluarga Dakwah nanti dengan ipar duai dan anak saudara. Maka makin bertambah umat Islam. Melalui sms tuan empunya diri kendurinya bakal berlangsung Mac tahun depan. Tahniah buat Mohd Basri dan pasangannya. Basri ini kuanggap seperti adik sendiri kerana dialah muslimin pertama yang memanggil diri ini kak Nor masa di kolej dahulu. Muslimin yang lain dengan selambanya hanya memanggil nama sahaja. Mungkin memang sifat lelaki agaknya yang gemar memanggil nama daripada pangkat usia seseorang. Basri ini juga pernah berjasa padaku kerana mengingatkanku tarikh perjalanan flight bertolak ke Mesir pada tahun 2003. Jika tidak kerana dia maka aku ketinggalan flight sehari lewat selepas penerbangan sebenar. Ini kerana sikap cuaiku melihat tarikh penerbangan. Dialah juga merupakan satu-satunya rakan Dakwah muslimin yang bersama melanjutkan ijazah ke Mesir. Jadi dialah tempat rujukan kami ketika mula sampai di sana. Namun dia seorang sahaja yang dapat menyambung course Dakwah. Manakala 11 orang kami yang wanita menyambung kos Usuluddin 'Tafsir & Ulum Al-Quran. Ini kerana kos Dakwah tidak dibuka kepada wanita luar Mesir. Apa-apa pun 12 orang kami selesai menghabiskan pengajian dan majoriti sekarang sudah bekerja dan berkeluarga. Di samping seorang sahabat yang menyiapkan tesis untuk MA. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu diri ini menghadapi kemelut dugaan di bumi Musa Firaun itu. Tahniah juga buat mereka yang berjaya mengharungi badai cabaran di sana dengan tabah.

Isnin, 22 Disember 2008

Cuti-cuti Malaysia 2008


"Tahun ni nak bawak adik pi mana noh, kesian dia cuti lama dok dalam rumah ja,"tanya mak kepada abah.

"Ikut la nak pi mana-mana pun,abah tak kisah, kesian juga dekat adik terperuk ja dalam rumah," jawab abah kepada mak.

"Kan mak kata nak pi jalan Perlis, pi Padang Besar cari bunga orkid," celahku antara perbulan mak dan abah.

"Tapi kalau pi sana mesti teringin macam-macam, dah la bisnes baru mula," jawab mak beralasan logik.

"Kalau lagu tu kit api Aloq setaq je lah, boleh singgah umah pakteh sekali," ujarku memberi cadangan.

"Ok jugak tu, bawa dia pi muzium dan round dua tiga tempat untuk release tension," jawab kak ngah mencelah dari dapur.

Maka, hasil dari perbualan di atas dapatlah kami ziarah Alor Setar dalam sesi cuti-cuti Malaysia pada tahun ini. Ini berbalik kepada budget yang terhad. Jika tidak langkah tayar kereta makin jauh jaraknya. Namun baju perlu diukur pada badan sendiri. Juga sebagai manusia kita harus bersyukur pada apa yang ada. Ada hikmah,ilmu dan kenangan yang Allah hendak berikan. Pastinya, jika bijak menggunakan apa yang ada maka sesuatu yang biasa akan menjadi indah.

Seperti yang dirancang destinasi utama adalah Muzium Negeri Kedah dan Muzium Diraja. Sebenarnya kedua-dua muzium ini adalah tempat yang menjadi kunjunganku di hujung minggu bersama teman-teman serumah ketika menuntut di SEK Agama Raudhatul Ulum, Langgar pada 1996 dahulu. Walaupun pernah dikunjungi namun kunjungan pada kali ini berwajah dan berstruktur baru dengan pindaan pada bangunan,suai letak serta susun aturnya. Namun satu yang tidak dapat diubah adalah sejarahnya. Jelaslah, sejarah adalah harta paling bernilai dalam kehidupan manusia. Ia mampu ditipu pada zahir. Batinnya, ia tetap kekal dengan pengetahuan Yang Esa serta diri empunya. Lawatan ke muzium kali ini memberikanku ilmu dan pengetahuan baru yang terlepas pandang pada kunjungan lalu.

Solat kami telah dilaksanakan di Masjid Al-Bukhary yang terletak dalam kompleks Al-Bukhary. Inilah pertama kali dapat solat dan berkunjung ke sana kerana sebelum ini hanya sekadar mendengar nama dan cerita sahaja. Tempat yang menarik berlandskapkan timur tengah dengan pokok-pokok tamar di ruang hadapan kompleks. Ditambah suasana tenang dan nyaman umpama benar-benar berada di timur tengah. Bukannya membanggakan negara orang. Cuma sekadar memberitahu kenyataan bahawa berada di tempat para Nabi, Rasul serta alim ulama' memberi ketenangan. Ia kerana alam menghormati iman dan ilmu yang mereka miliki. Berbeza dengan tempat yang pernah diazab Allah seperti tasik Qarun yang terletak di Fayyoum yang tidak selesa dikunjungi kerana bahang mentari menyengat akibat azab yang ditimpakan Allah. Siapalah diri ini untuk menghukum namun kenyataannya adalah alam juga tidak merestui maksiat yang dilakukan penghuninya.






Ahad, 21 Disember 2008

Egypt dalam ingatan



Masa begitu cepat berlalu. Tidak sangka sudah setahun aku menjadi warga SK Bukit Selarong. Maknanya sudah 3 tahun alam universiti sudah ditinggalkan jauh ke belakang. Namun, segala memori masih terpatri di dinding ingatan. Mana mungkin kulupakan semua nama dan wajah yang pernah menghulur salam persahabatan.


Selepas Isyak tadi sempat berchatting dengan ex-housemate di Iskandariah dahulu. Sejak pulang memang tidak pernah bertemu kerana dia anak Selangor. Bercakap di telefon juga boleh dihitung jari. Sms jarang dibalas mungkin kerana kesibukan sebagai isteri dan ibu kepada seorang anak yang berusia 11 bulan. Masing-masing bertukar cerita tentang sekolah tempat berkhidmat kerana dia juga seorang guru. Di samping cerita di Mesir dahulu. Nampaknya ingatanku pada sesetengah nama tempat di sana sudah hampir kabur ditelan waktu kerana boleh tertukar antara Asfor ( nama pusat yang menjual barangan kristal yang terletak di Shoubra) dengan Aswan (tempat yang mempunyai banyak patung Firaun).


Juga mengimbas sahabat di sana yang masih bergelut dengan kuliah dan buku. Semoga dia dapat menghabiskan pembelajaran dengan pulang membawa segulung ijazah dan ilmu untuk dimanfaatkan pada masyarakat.


Selain itu, mengimbau keenakan roti coklat yang dapat dibeli di kedai hadapan markaz pelajar Malaysia yang berharga sebiji 0.75 kurush yang tidak dapat dijumpai di Malaysia sebagai pengalas perut selepas pulang dari kuliah. Semua itu adalah sejarah yang tertulis dalam lipatan zaman. Tidak akan dapat diubah. Mungkin dapat dilupa. Namun mana mungkin memori seindah itu dilupai kecuali dengan izinNya.

Jumaat, 19 Disember 2008

Ada apa pada sebuah kebanggaan???


"Anak awak dapat berapa A dalam peperiksaan baru-baru ini? tanya seorang ibu kepada ibu-ibu yang lain di sebuah majlis.

"Anak saya dapat 5A," jawab bangga seorang ibu kepada anak lelaki yang dilahirkannya.

"Anak awak pula?" tanya ibu pertama tadi kepada ibu yang lain.

"Anak saya dapat 6A," ibu itu juga menjawab bangga sambil senyum melepasi telinga.

"Anak awak pula?" tanya ibu pertama tadi kepada ibu yang seterusnya.

"Alhamdulillah, atas pertolongan Allah anak saya dapat 10A," jawab ibu itu sehingga melopongkan mulut ibu-ibu yang berada di situ.

Jika diamati situasi ini hampir sama dengan sebuah iklan di televisyen tempatan yang mempromosi talian internet di Malaysia. Apa yang saya ingin tekankan di sini bukanlah kebaikan dan keburukan iklan itu namun adalah sifat bangga,ujub,taajub dan riak yang wujud dalam diri. Kesemua perkataan itu membawa satu maksud menunjukkan sifat negatif yang tersirat dalam diri setiap manusia yang mana kadangkala sukar dikesan akan kewujudannya.

Memang patut ibu bapa berbangga akan kejayaan yang diraih anak-anak namun apa guna kebangaan itu jika tidak kembali kepada Allah yang memberi kejayaan tersebut. Apatahlagi jika dengan niat menjatuhkan anak orang lain dengan menunjukkan anaknya yang paling hebat. Seterusnya kehebatan kembali kepadanya kerana keberhasilan mendidik anak tersebut sehingga berjaya. Kemudian mempersoal anak orang lain atas hasil didikan ibu bapanya walaupun tidak dinyatakan secara langsung. Maka serba sedikit orang yang mendengar itu pasti akan tersinggung.

Itu adalah satu contoh sifat bangga yang ada selain bangga dengan kekayan, kedudukan, kecantikan, ilmu dan selainnya. Itu semua adalah nikmat sebagai dugaan terhadap material dunia. Para Rasul, Nabi serta sahabat juga diberi nikmat sebegitu. Contohnya Nabi Sulaiman yang diberi harta yang banyak. Nabi Yusof diberi kecantikan yang luar biasa. Nabi Muhammad dikurniakan ilmu. Namun nikmat tidak menjadi penghalang untuk mereka memiliki cinta Allah dan syurgaNya. Ini kerana insan-insan mulia ini hanya mengharapkan keredhoan Allah di dunia dan akhirat.

Selasa, 16 Disember 2008

Bersatu...bekerjasama...kemaafan


Hari ini merupakan hari terakhir kuliah kumpulan BA3 IPDA.Jelas terbayang wajah kegembiraan pada setiap sahabat kerana dapat merasai nikmat cuti tahunan walau hanya dua minggu masih berbaki.Rasanya cukuplah ruang-ruang cuti itu untuk release tension setelah setahun bergelumang dengan akademik di sekolah dan IPG di samping mendepani karenah anak murid pelbagai ragam.Tahun depan guru-guru pelatih ini bakal berdepan dengan praktikum yang mana memerlukan persiapan mental,jasmani serta material sebagai jaminan mendapat pengiktirafan untuk menjadi seorang guru bertauliah.Semoga semua ilmu yang kita dapat dalam interaksi tutorial di IPDA dapat diaplikasikan dalam p&p kelak.

Terima kasih juga buat para sahabat kerana komitmen menjayakan perlawanan netball 2 vs 2 kuliah KOK pada pagi ini.Semua muslimah hebat-hebat belaka kerana dapat menjadikan netball versi ragbi sehingga sakit satu badan.Juga buat muslimin sebagai pengurus program.Nampaknya selepas ini dapatlah mengurus perlawanan grand di sekolah.
Kejayaan perlawanan ini adalah berkat kerjasama setiap individu bersatu padu merealisasikannya.Alangkah indahnya ajaran Islam yang menyuruh umatnya bersatu,bekerjasama dalam satu jemaah kerana natijahnya akan membuahkan hasil yang bernilai berbanding kerja individu.Di samping merapatkan ukhuwah sesama sahabat.Keadaan aktiviti sebegini barulah dapat melihat semua sahabat ketawa,gembira dan berkomunikasi sebagai sahabat.Jelaslah,ukuwah itu indah jika dibina berdasarkan prinsip menerima segala sikap positif dan negatif dan menolak ketidakpuasan dengan kemaafan.Jika sifat ini dapat diterap dalam diri semua manusia maka akan amanlah dunia ini.Caranya mudah sahaja iaitu bermula dengan memaafkan semua orang sebelum tidur.InsyALLAH esok hari dapat dimulakan dengan ceria tanpa sifat benci,dendam dan sengketa.Pentingnya ia dilakukan kerana mengharapkan cinta Yang Esa...di samping syurgaNya di akhirat kelak...

Sabtu, 13 Disember 2008

Setangkai Gandum & Sebutir Bom


Mengapa diwujudkan perpecahan seagama dan seakidah
mengapa dihalakan senjata pada saudara seagama dan seakidah
mengapa dilemparkan bom pada saudara seagama dan sekidah
mengapa berlainan mazhab dijadikan alasan perpecahan
mengapa berlainan puak dan kabilah adanya perpecahan
mengapa berlainan politik terjadinya perpecahan

Mengapa...??? mengapa...??? dan mengapa...???

siapa pun kita
walau berbeza mazhab, puak dan politik
kita patut bersatu bawah panji Islam
dan lembayung rahmat Rabbul Izzah ( Allah )
kerana kita diturunkan satu kitab ( Al-Quran )
juga sunnah sebagai panduan kehidupan ( Hadis )
tinggalan Nabi yang mulia ( Rasulullah s.a.w )
simboliknya bersatu bawah satu imam dalam satu jemaah
ketika menunaikan solat


wahai manusia marilah menuju persaudaraan
kasih sayangnya melebihi kasih seorang ibu
marilah membina silaturrahim sebagai janji penuh berkah
jadikanlah diriku sebagai saudara selagi Adam adalah ayahku
jika kamu Qabil yang menabur permusuhan dan kebencian


-Dr A'id Abdullah Al-Qarni-
"Dan janganlah kalian semua saling bermusuhan,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang saling bermusuhan."
( Al-Baqarah : 190 )


Ahad, 7 Disember 2008

Pengorbanan + Ikhlas


Sejarah telah mewariskan pengorbanan Siti Sarah mengizinkan Nabi Ibrahim berkahwin lagi untuk kelangsungan zuriat.Juga pergorbanan Siti Hajar ditinggalkan suami bersama anaknya di padang pasir yang gersang demi pembukaan Makatul Mukarramah.Malah pengorbanan Nabi Ismail untuk dikorbankan di tangan bapanya kerana suruhan Allah Yang Esa.Kisah-kisah itu adalah sebahagian sahaja daripada kisah pengorbanan para Rasul,Nabi serta para sahabat untuk teladan umat yang tidak dapat hidup sezaman bersama insan-insan mulia itu.

Seorang ibu sanggup mengorbankan nyawa untuk anaknya dapat melihat dunia.Seorang bapa sanggup memerah keringat siang malam demi kelangsungan hidup anaknya.Seorang guru sanggup memerah idea agar ilmu dapat disampaikan kepada anak bangsa.Semua lapisan masyarakat tidak kira usia,pangkat serta jantina masing-masing berkorban untuk perjalanan sebuah kehidupan.Namun,sejauh manakah pengorbanan itu diterima Allah sebagai amal untuk meraih ganjaran berbentuk pahala buat meraih cintaNya dan syurgaNya???Tepuk dada tanya iman samada amal itu disertai ikhlas kerana Allah atau hanya sekadar landasan buat meneruskan kehidupan???

Diri ini meraba mencari dalam terangnya sang mentari
mencari untuk menjadi muslimah solehah
tika dunia goncang dek bobroknya perilaku penghuninya
jahiliyah moden sudah kembali
bersama hilangnya nilai kemanusiaan
kerana ingin menjadi pemerintah dunia
lupa janji azali pada pencipta
lupa bahawa dunia hanya sementara
di sini hanya ladang mencari bekalan akhirat

Aku terus meraba mencari sahabat amalku
agar aku tidak mensiakan ia
atau sekadar membuang masa
kerana aku harapkan sebuah cinta Yang Esa
bukan sekadar nikmatnya syurga

Aku akan terus merangkak meraba mencarinya
mencari keikhlasan untuk disatukan bersama amal di pentas dunia
p/s : usah di kenang pengorbanan kita terhadap orang tapi kenanglah pengorbanan orang
terhadap kita...



Sabtu, 6 Disember 2008

Allah itu Esa...


Di satu desa yang hening tika matahari kian menunjukkan wajahnya,dua orang manusia mencium Al-Quran selepas dibaca seusai solat Subuh.Seorang ibu dan anak yang tidak pernah meninggalkan solat jemaah merupakan antara penghuni Kampung Damai yang terletak di utara tanahair semenanjung Malaysia.Si ibu berusia lingkungan 30 tahun manakala si anak kecil perempuan yang mungil berusia 6 tahun.Kedua-dua beranak ini sering ditinggalkan ketua keluarga yang terpaksa bertugas diperairan sebagai Tentera Laut Di Raja Malaysia atau singkatannya TUDM.Tiba-tiba keheningan pagi disentap suara anak yang bersekolah di sebuah sekolah kebangsaan yang terletak 10 minit perjalanan dari rumahnya.


"Ibu...kemarin ustazah ajaq Hidayah baca surah Al-Ikhlas...,"kata si anak pembuka bicara.

"Iya...bagus lah begitu,anak ibu ni boleh baca ke dak?"soal si ibu kepada anak tunggalnya itu dengan senyuman menguntum di bibir.

"Boleh lah bu...Hidayah dah boleh hafal pun...kan Hidayah pernah belajaq di Pusat Asuhan Islam dahulu."jawab si anak menunjukkan kebolehannya.

"Pandainya anak ibu...,''si ibu memuji kepintaran anaknya sebagai motivasi untuk tumbesaran si anak.

"Ibu...tapi Hidayah tak tau lah makna surah Ikhlas tu,"sambung si anak dengan dahi berkerut nipis.

"Biar ibu jelaskan ya nak,surah Ikhlas itu bermaksud Allah tuhan yang satu,''jelas si ibu ringkas.

''Ustazah pun kata hanya Allah tuhan kita.''kata Hidayah.

"Maksud satu juga adalah Allah tak dak mak bapa dan Allah tak dak anak,"terang si ibu lagi.

"Kenapa Allah tak dak mak bapa dan anak,"tanya Hidayah untuk kepastian.

"Sebab kalau Allah ada mak bapa dan anak maka Allah sama lah dengan kita,betui dak?Allah memang ada tanpa ada yang melahirkan Allah.Allah ada sebelum ada alam ini lagi,maka jelas di sini Allah memang tuhan kerana berbeza dengan kita yang Allah jadikan"jelas si ibu untuk menjelaskan kepada si anak.

"Ohh...betui-betui,ustazah pun ada kata kalau ada tuhan banyak nanti tuhan akan bergaduh nak buat sesuatu,"kata si anak.

"Betui kata ustazah Hidayah tu...sebab tu lah Allah turunkan surah ni untuk bagitau kat kita yang Allah tak dak maka bapa dan anak dan Allah satu sahaja yang boleh kita minta tolong tapi Allah pula takkan minta tolong kat sesapa kalau nak buat sesuatu kerana Allah berkuasa,''sambung si ibu.

"Betui tu ibu,sebab tu lah kita doa selepas solat dan minta pada Allah kalau kita ada masalah,iya kan bu? Ustazah kata Allah yang buat kita,bumi ni dan semua benda tanpa ada orang tolong.
"Pandai pun anak ibu...jadi anak ibu ni dah faham lah ya tentang makna surah Ikhlas itu?"soal si ibu kembali.

"Sudah bu...nanti Hidayah nak cerita pada kawan-kawan Hidayah di sekolah pula,"kata si anak sambil melipat telekung.

"Alhamdulilah,"ucap si ibu di tebing bibir dan di dalam hati kerana di kurniai anak sebijak Hidayah yang mendapat Hidayah atau petunjuk Allah sedari kecil sesuai nama yang diberi.
Surah Al-Ikhlas
Dengan nama Allah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang
  1. Katakanlah (wahai Muhammad):"(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa."
  2. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat."
  3. Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diberanakkan."
  4. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya."












Selasa, 2 Disember 2008

Doa sebuah cinta


Kubiarkan hati meratap hiba
menanti sebuah kasih suci
dari jiwa yang luhur bersih
dari noda maksiat dunia
dari palitan lumpur penyakit hati
Kuterus menanti sepi
dalam doa kudus kupanjatkan
dengan lisan
juga bisikan sanubari

Aku tetap sabar
menanti sebuah cinta
yang mencintai tuhannya
dari segala-galanya
tanpa batasan
jua halangan
dunia serta isinya...
yang mampu menjadikanku makmumnya
yang mahu menjadi pasanganku menyebarkan Islam itu indah
dan mudah di mata semua manusia

Islam is the way of life
I love Islam because Allah
I also love somebody loves Allah




Isnin, 1 Disember 2008

Mua'lim

Hari ini kelas padat betul.Pukul 9.20 malam baru dapat lihat bilik semula setelah ditinggalkan pagi tadi.Namun perasaan agak tenang kerana semua assignment sudah siap.Minggu ketiga ini walaupun jadual kelasnya padat namun tidak dipertanggungjawabkan kerja kursus dan pembentangan.Jika ada cuma pembentangan kecil sekadar pemahaman bagi sesuatu tajuk baru yang dipelajari.Dalam keletihan mencari kelas,mengejar waktu untuk solat serta makan terdapat hikmah buat bakal-bakal guru yang bakal graduate tahun depan.Pembentukan kendiri bakal-bakal guru ini agar kental dan tabah menghadapi mehnah mendatang.Disamping,persiapan minda dan emosi mendepani keadaan murid-murid juga situasi semasa.

InsyAllah,aku dan sahabat-sahabatku bakal menjadi guru yang berpekerti mulia,berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara......

Syukran ya Allah kerana memberiku peluang meneroka alam pendidikan ini justeru memegang jawatan yang pernah disandang Rasulullah s.a.w sebagai mua'lim...

Ahad, 30 November 2008

Ayuh bangkit...wahai wanita!!!


Islam sebagai agama syumul telah menetapkan etika berpakaian yang sesuai buat umatnya.Ia bertujuan melindungi umatnya dari kejahatan syaitan dan nafsu yang berleluasa di alam ini sejak Nabi Adam dihidupkan bersama Hawa di dalam syurga.Pakaian yang ditetapkan kepada muslimat adalah perisai daripada serangan panahan mata lelaki dari menemborosi aurat seorang wanita.Apa yang ditetapkan Allah amat cantik untuk diikuti seluruh manusia.Namun,sifat manusia lebih suka buat perkara yang dilarang.Kini,dapat dilihat aurat dibuka tanpa segan silu.Malah ada yang berpakaian seperti tidak memakai seurat benang di tubuh badan.Maka,mudahlah mata-mata memandang jarak jauh dan dekat.Meratah setiap inci pelosok jasad.Jangan dimarah lelaki jika dicabuli dan dirogol kerana wanita yang menayangkannya.


Wahai wanita...

jika engkau ditakdir Allah menjadi lelaki walau sebentar cuma

maka engkau akan litupi tubuhmu dengan burkha ( pakaian seperti wanita Afghanistan yang menutupi seluruh badan berwarna hitam termasuk mata dilitupi kain nipis )

kerana takutnya pada nafsu seorang lelaki...

namun Islam itu mudah, cukup sekadar engkau menyarungkan tubuhmu

kecuali muka dan telapak tangan

tidak semesti berbaju kurung atau berjubah

bertudung bulat dan labuh

berseluar bert-shirt juga tidak mengapa

asal longgar,tidak nipis dan jarang

bertudung menutupi paras dada


Ayuh...bangkitlah wahai wanita

lakukan anjakan paradigma

beracuankan Al-Quran dan sunnah

buangkan pemahaman sekular penjajah

yang ditanam buat merosakkan

iman muslim

agar Islam hilang di muka dunia....

Rabu, 26 November 2008

Tanggungjawab.....

Tidurku terganggu jam 10 malam tadi dengan deringan telepon bimbit berlagukan nyanyian kumpulan in-team.Nombor yang tidak kukenali tertera.Setelah diangkat rupanya Adib anak didikku tahun lepas empunya pemanggil.Setahun sudah khabarnya tidak kudengari.Semasa pengumuman keputusan UPSR lepas aku terfikir juga tentang keputusan yang mereka perolehi. Rupanya secebis persoalanku berbalas malam ini. Adib memperolehi 4A1B dan daniel, adik angkatnya memperolehi 3A 1B. Tahniahku kuucapkan pada mereka. Tidak sia-sia keluarga angkat mereka berkorban mengeluarkan perbelanjaan persekolahan,tuisyen dan sebagainya.

Jika disoroti latar belakang mereka menyedihkan. Adib tidak mengenali keluarga kandungnya sedari kecil. Daniel pula mempunyai ramai saudara menyebabkan dia dijaga 'mama nyah' sebelum tinggal denagan mami sekarang. Bagi mereka berdua keluarga mami lah keluarga kandung mereka walau ada ketidakpuasan terhadap perilaku abang angkat yang diceritakan padaku.

Melalui daniel aku tahu kebobrokan anak watan yang menukar jantina dan hidup berkeluarga dengan suami sama jantina. Daniel juga pernah melihat kedua-dua suami isteri itu lali mencucuk dadah serta perbuatan sumbang yang tidak tergamak kuceritakan. Rakan-rakan mama palsunya itu di kalangan 'nyah' dan 'tomboy'.

Melalui Adib kutahu zina berleluasa di kalangan remaja yang diberi manja ibu bapa hinggakan adegan-adegan tidak sepatutnya dirakam menggunakan telefon bimbit dan mudah ditonton kanak-kanak tanpa sekatan.

Melalui mereka kutahu sebagai seorang berpendidikan agama aku ada tanggungjawab yang tergalas untuk memberitahu dan menarik mereka-mereka yang tersesat di luar sana untuk kembali ke jalan Allah melalui Al-Quran serta hadis khazanah tinggalan Rasulullah.

Sabtu, 22 November 2008

Memberi pada yang memerlukan


Teringat memori aku sebagai pelajar di jami'ah Al-Azhar Iskandariah 4 tahun lepas.Dugaan yang ditimpa merupakan rahmat tidak terhingga.Tahun 1 di bumi Musa aku diuji Allah dengan masalah kehabisan wang yang dibekali abah untuk pengajian di sana.Sebagai anak,aku boleh meminta tetapi kasihankan mak abah yang mempunyai pendapatan yang dikongsi 6orang anak yang masih bergelar pelajar.Selama 2bulan aku berhutang duit sewa dan duit makan bulanan.Malu juga pada rakan serumah namun apakan dayaku.Pernah terlintas hendak buat buat part time job tapi status aku sebagai wanita dan keadaan di sana tidak mengizinkan.Aku berpuasa hampir sebulan lebih untuk menjimatkan wang yang hanya tinggal 7genih (RM12)sebagai tambang van untuk ke dewan peperiksaan fasa 2.
Masa itu,aku memendam rasa,tiada sahabat yang tahu( melainkan housemate)dengan alasan tidak mahu menyusahkan mereka.Cuma kertas tempat kuluahkan perasaan.Namun kehidupan tetap kujalani seperti biasa.Hairannya,adalah aku lebih tenang melaluinya berbanding ketika di kolej dahulu.Pemberiaan Allah di bumi nabi-Nya adalah cinta-Nya semakin dekat.Motivasiku adalah susahku tidak sesusah Nabi dan Rasul serta para sahabat terdahulu.Juga melalui kisah senior bahawa terdapat student yang hanya makan i'sh bil bit(roti arab berinti telur rebus).Disamping femomena bawah imarahku(bangunan)yang kutonton tiap hari melihat bawab(orang gaji),budak penjual i'sh serta orang-orang susah yang lebih susah dariku membuatkan kusemangat menjalani ujian itu.
Aku pernah memiliki hanya 0.25qurush (RM0.50)dalam poket untuk ke markaz menghadiri usrah bulanan.Duit itu hanya untuk tambang pergi sahaja.Aku tawakal jika ada rezeki maka aku dapat pulang dengan van.Namun jika tiada rezeki aku akan berjalan ke rumah sewaku yang terletak di As-sofirah kira-kira 30minit berjalan.Dengan izin-Nya mak usrah memulangkan kembali duit 1 kitab usrah yang tidak dapat mereka beli kerana tiada di pasaran.
Kelemahan manusia adalah akan dekat dengan tuhannya tika bermasalah.Aku meminta hanya pada-Nya siang malam.Tiada tempat lain selainnya.Aku juga memohon agar duit zakat negeri dicepatkan kerana melalui senior kutahu zakat Kedah dapat lambat.
Atas pertolongan-Nya,aku dapat zakat $100 bersama RM40 yang diberi oleh abang sepupu sahabatku ketika dia membawa rombongan umrah melawat Iskandariah.Syukur tidak terhingga.Umpama seorang anak mendapat kembali ibunya,aku rasa pemberian itu amat bermakna.Jelas Allah memakbulkan doaku.Aku berdoa pada yang memberi agar dibalasi kebaikan dunia ahirat.Disamping itu bulan Ogos sahabat-sahabat di Kaherah memberitahu bahawa zakat pada tahun itu boleh diambil dalam bulan tersebut.Sekali lagi aku tahu Allah tidak akan membiarkan aku.Ujian-Nya adalah untuk memantapkan imanku kerana aku pergi ke sana adalah kerana cinta-Nya.

Kisah ini bukannya menunjukkan aku hebat mengharungi ujian Allah.Na'uzubillah.Namun,hendak kukongsi ialah rahmat-Nya yang diberi melalui dugaan.Cinta-Nya tidak dapat dimiliki tanpa mengharungi sejuta pengorbanan.Kasih sayang melimpah ruah pada hamba yang senantiasa diduga.Rindu pada-Nya mengalir indah.Allah juga hendak memberitahuku bahawa memberi pada yang memerlukan amatlah bermakna.Diterima dengan syukur dan doa pada yang memberi.Oleh itu aku berharap dapat menjadi pemberi kepada yang memerlukan namun dengan cara tangan kanan yang memberi tanpa diketahui tangan kiri(antara golongan dapat masuk syurga)-Hadis-

Khamis, 20 November 2008

Ukhuwah yang terbina


Seminggu bergelumang di medan kuliah membuatkan diri agak kelelahan dengan menadah telinga belajar satu subjek 2jam.Di samping kerja kursus juga pembentangan hampir setiap hari.Ditambah exercise memanjat tangga hingga ke tingkat tiga asrama baru IPDA.Membuatkan badan enak di massage tilam yang baru ditanggal plastik.Itulah rutin seorang pelajar.Bukannya tidak biasa dengan title dan situasi itu namun kini agak berlainan kerana title itu berkongsi masa dengan tanggungjawab sebagai guru.Satu pembaharuan yang agak memenatkan namun menatijahkan ilmu dan pengalaman yang amat tinggi nilaiannya.Pertemuan dengan para pensyarah yang pertama kali mengajar kelas Bahasa Arab 3 dan rakan-rakan seinstitut menambahkan kenalan dalam senarai ukhuwah.Itu juga merupakan pahala jika berlandaskan cinta Allah.Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.Sebagai manusia yang lemah sukar bagi kita memenuhi hasrat hati setiap insan sekeliling.Adakala kita rasa sudah melakukan yang terbaik namun masih ada yang terguris hati.Keadaan ini membuatkan jiwa gelisah kerana keretakan sebuah ukhuwah.Hanya Allah mampu menghubungkannya kembali.Jadi kepada-Nyalah doa dipanjat untuk kelangsungan perhubungan.Sukar membaca hati dan perasaan tiap orang.Masing-masing dilahirkan dan terbentuk dengan sikap dan sifat berbeza.Maka,cara bicara dan pendekatan juga perlu berbeza.Emosi diri perlu dikawal tidak kira sebesar mana masalah dan tekanan yang dihadapi,pinggirkan ia untuk sebuah perhubungan.Disenangi Allah dan makhluknya.Biarlah menjadi manfaat kepada semua orang.

Sabtu, 8 November 2008

ALLAH HU RABBI

Jiwa yang kacau adalah jiwa tanpa zikrullah
Hati yang kacau adalah hati yang kosong tanpa cinta Allah
Minda yang kacau adalah minda yang lupakan Allah
Hidup yang kacau adalah hidup yang lari dari landasan digariskan oleh Allah

Tidak mahu dikacau maka

Letakkan cinta-Nya di atas cinta yang paling atas
Basahkan lidah memuji keagungan-Nya
Pahatkan nama-Nya di dinding jiwa
Setkan minda mengingati-Nya

InsyAllah segala kekusutan terlerai
Jiwa tenang bahagia
Minda berfikir logistik
Emosi terkawal sedar

Rabu, 5 November 2008

Kecewa....


Meminta pada manusia
manusia memberi tanpa rela
bibir hanya mengaku dusta
malah tertawa cela
juga mengejek manja
ganjaran dunia setimpal
aku jadi hampa

Memohon pada Ilahi
Dia beri tanpa balasan
hanya keyakinan syaratnya
tadahlah tangan bila sempat
sekadar hati menadah tak kisah
asalkan berpaksi cintaNya
tak kira bila masa

Aku jadi kecewa sesetengah manusia
aku meminta kerna tak berdaya
bukan mengada
dituduh manja sedemikian rupa
fitnah bermaharajalela

Hatiku mantap merayu pada kekasih sejati (Allah)
yg memberi dari meminta
Bukan duka lantaran manusia alasan mutlak
juga lari dari kekecewaan
kerna inilah tarbiah dariNya
untuk aku menerima
ganjaran cintaNya
yang tinggi nilainya
pada manusia sehina diriku....

Aku yang lemah dari terhukum dan dihukum

Isnin, 3 November 2008


Entah kenapa dua tiga menjak ni asyik nak tulis ttg anak2 didikku saja.Mungkin disebabkan cuti sekolah bakal menyusul tak sampai 2minggu lagi.Maka,sebulan lebih aku takkan bertemu mereka.Rindu pulak nanti ketika di maktab.Walaupun mereka nakal namun itulah karenah kanak2.Pastinya,mereka adalah kain putih tanpa noda.

Hari nie p&p berjalan di dalam library untuk memberikan suasana baru kepada murid2.Tajuk pelajaran adalah berkaitan perlakuan dan bacaan dalam solat.Sebenarnya silibus sudah diajar.Sekadar refresh kembali.Ia lah solatkan tiang agama maka tiang perlu ditegakkan dengan kukuh.

Keghairahanku mengajar tiba2 terganggu oleh seorang murid perempuan menganggu kawannya.Apalagi setelah 2kali dilarang masih buat juga maka aku pun baling pen yg dipegang.Tak kena pun.Saja nak acah jer.Natijahnya body pen pun berterabur atas lantai.Muka Aisyah berubah(nama murid perempuan tue).Aku teruskan p&p tanpa mempedulikan pen itu.

Aktiviti akhir adalah amali solat yg dilakukan murid seorang demi seorang.Giliran Aisyah sudah sampai dan dia boleh keluar untuk pulang tetapi dia beralasan hendak menuggu kawan.

Setelah selesai aku meminta dia menyusun kerusi bersamaku dan dia lakukan tanpa sepatah kata.Bila aku mendapatkan case box kudapati body pen yg berkecai bersambung semula.

"Aik,sapa yg sambung pen ustazah?",soalku ringkas kepadanya kerana hanya tinggal kami berdua sahaja.

"Saya...ustazah,"akuinya sambil menyusun kerusi.

Maka,dari situasi itu aku mengerti bahawa Aisyah rasa bersalah terhadapku kerana dirinya pen aku rosak.Ya Allah...mulianya hati anak tidak beribu sejak usia 3tahun ini.Walaupun dia murid perempuan yg paling nakal dalam kelas namun masih terselit rasa bersalah kerana kesalahannya.Maknanya dia masih menghargaiku sebagai gurunya.Sebak juga aku bila memikirkan kejadian itu.Bukan kerana peristiwa membaling pen namun kerana diri dan peribadi Aisyah.

Sedihnya bila hidup tanpa insan bernama ibu.Aku pernah memeluk Aisyah menasihatinya agar jadi anak solehah untuk membahagiakan ibu di alam sana.Dia senyap tanpa kata2.Aku tahu dia sedih namun masih tabah tanpa airmata.Aku sentiasa selitkan doa untuknya agar dilindungi Allah dan bahagia dunia akhirat.

*Kepada kita yg masih beribu bapa.Sayangilah mereka.Jangan katakan walaupun urghh.Apalagi menyebabkan hati mereka terhiris parah.Lega jika ibu berkata 'sejuknya perut ibu mengandungkan kamu'.Jadilah anak2 yg soleh kerana 3perkara sahaja yg akan dibawa ibu bapa ke alam kubur iaitu:

1. Doa anak2 yg soleh
2. Ilmu yg bermanfaat
3. Sedekah jariah.

Ahad, 2 November 2008

Syukur ya Rabb...


"Utazah2,ari nie ada tasmi' dak?" tanya Hidayah murid thn 1 sebaik sahaja aku turun dari kereta.

"Tak dak,ari nie kan peksa" jwbku ringkas smbil semyum kpd Hidayah yg dikelilingi beberapa orang lagi murid thn 1 Al-Razi.

Perbualan ringkas yg membuatkan atiku kembang berbunga bangga sambil membimbit beg menaiki tangga kerana di penghujung taun 2008 jiwa seorang anak murid corot di dalam kelas telah tertanam sifat rajin dan sikap cintakan Al-Quran.

Hidayah merupakan antara murid yg lemah di awal taun kumengajar.Baik dari segi bacaan iqra' yg merangkak2.Penulisan yg tidak kemas dan selalu tidak menyiapkan kerja.Namun pencapaiannya memberangsangkan dipertengahan tahun.Dia mula naik iqra'2 dan kini iqra'3 dan mampu baca dengan lancar.Malah tulisan jawinya layak dapat A.Walaupun dia adalah calon budak kelas KIA tahun depan namun bg pelajaran agama dia tak layak utk itu.Pujian hnya kpd Allah yg layak menerimanya.

Selain Hidayah,ada beberapa orang lagi sepertinya yg menunjukkan peningkatan positif dalam masa setahun.Jelas,Allah takkan membiarkan hambaNya terkapai2 sendirian.Dia menempatkan aku disini maka Dia ada membantuku kala susah.Syukran ya Allah.Dalam kesibukkan aku seorang diri menjlankan amanah sbg guru j-QAF di sekolah ini serta menyiapkan assgmnt maktab malah ditinggalkan GPI yg berkursus selama 3bulan,aku hampir kecundang dihinggapi give up.Namun semua itu ilang setelah pertolongan Allah datang memberi ilmu dan kebolehan kepada anak didikku.Jika diikutkan aku byk lemahnya dari segi ilmu psikologi mendidik kanak2.Akmaklula...baru setaun jagung...

Doa ler aku dapat melaksanakan amanah ini hingga akhir di samping dapat mencapai cita2ku...Amin ya Rabb...

Sabtu, 1 November 2008

Masa lapang vs masa sempit...


Ntah ler samada dpt tak lagi 2mggu nie jenguk blog setaun jagung nie.Akmaklumler byk bda nk kna setle.Doa2 agar ade gak ler masa nak menjenguk wat seminit dua membuang gian.Hihi.Beban bahu terasa jika byk kerja tak siap.Nk wat sume mende asik2 tingat keja tak siap tue ajer.Coz tue ler tak sompek den nak hias umah den nie molek2.Lagi 2mggu nak masuk maktab.5mggu tue...nmpknyer dis yer tak der ar fmily holiday.Bukan per just 4reles tensen.Gi pon,suka ar tgk alam.Kalau renung lame2pon tak per.Never mind,nie kan pengorbanan utk Islam,anak bgsa,fmily n negara.Chaiyo2u can do it n da most impotant adalah ikhlas lillah hi Taala.Moga da keberkatan disamping cintaNya yg masih utuh terpateri.

Cinta manusia bisa merimaskan dan mengelisahkanku
Cinta Allah membuatku bahagia dan tenang
@
Mungkinkah kerana aku masih belum temui cinta manusia
yang berpaksikan cinta Allah
Yang bakal menemukanku dengan kebahagiaan...

YAKIN 100%


"Keyakinan teguh kepada Allah".Itulah tajuk forum dipanelkan along n angah(adik 1st) sambil tangan rancak membuang eko taugeh.Haha.Memang setiap umat Islam melafazkan rukun islam pertama( syahadah)namun berapa peratus yg meletakkan keyakinan terhadap Allah dalam setiap tindakan n kehidupan kita??? kerana kita selalu terlupa:

Kita selalu terlupa jika kita susah Allah ada untuk membantu
Kita selalu terlupa jika kita tak tahu Allah Maha tahu
Kita selalu terlupa jika sakit Allah dapat menyembuhkan
Kita selalu terlupa jika papa Allah Maha kaya
Kita selalu terlupa jika sesat Allah dapat memberi petunjuk serta hidayah

Seorang tua yg hatinya berbelah bahagi untuk ke tanah suci dengan alasan kurang ilmu.Sedangkan dia sudah mampu dari segi kewangan dan dia seorang yg rajin beribadah,suka menolong org dan byk diam dr bercakap.

Seorang wanita penuntut ilmu yg kehabisan wang utk makan namun yakin rezekinya dari Allah walaupun dia hanya biasa sahaja dari segi ibadah.

Dua cerita yg menjelaskan bahawa siapa pun kita jika keyakinan mantap terhadap Allah maka Allah pasti menolong.Dengan itu kita bukan sekadar melafazkan malah hati turut sama membenarkan.Keyakinan ini sukar dilihat hanya Allah mengetahuinya...

Usah bicara kita alim jika masih ragu pada tuhan
Usah bicara kita pandai jika wujud sifat riak
Usah bicara kita mulia jika merendahkan orang lain
Usah bicara kita kaya jika ada sifat lokek
Usah bicara kita cantik jika suka perasan
Bicaralah bahawa kita ini masih banyak lemah dan kurangnya
dengan itu akan rasa hina dan gandakan amal

Ohh...tuhan,ampunilah kami,jauhkanlah kami dari dosa dan penyakit2 hati yg kdg2 kami sendiri tidak menyedari kehadirannya dalam ruang hati kami,Engkaulah Maha mengetahui maka hindarilah ia segera jika mula bertandang wlau seketika cuma...

Jumaat, 31 Oktober 2008

Azan ( antara peduli @ tidak?)


Lidah kelu di saat kematian.Kematian pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati...mengapa kebanyakan orang yang nazak(hampir
ajal tidak dapat berkata-kata,lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan,kita disarankan agar mendiamkan diri,jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan.Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan mendiamkan diri
mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri...!!!Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba...maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah
lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut."Ya...Allah,anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan lidah kami mengucap
kalimah Laillahaillallah...semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

sumber:http://www.pmn.gov.my/terengganu/TAZKIRAHindex.htm

Rabu, 29 Oktober 2008

Permata sahara


Kenapa ler bunga disukai wanita??? Hanya aku jer satu-satunya wanita yang bencikan hidupan yang cantik itu. Cuma bunga matahari jer yang pernah menyangkutkan dirinya pada dinding hatiku. Bukan kerna kecantikannya. Kerna apa pun tidak kuketahui. Tahu-tahu jer aku dah love it. Buktinya,ruang bilik 301 blok Habibah Kusza pernah di penuhi wall paper berbunga matahari. Ada membe yang penah kata aku nie cam Jaafar Onn. Whatever ler asalkan aku tetap suka gak. Ari konvo senior penah gak aku beli bunga matahari send ke diri sendiri. Adik penjual tue pon senyum-senyum kambing gurun. Bunga tue masih bersemadi dalam bilikku sekarang. Bunga plastik panjang usianya. Masa di Egypt aku telah ditontonkan dengan ladang bunga kesukaanku itu ketika rehlah di Fayyoum walaupun dari jarak jauh. Puas gak ler 20sen. Cita sal bunga matahari nie selain cantik juga dibuat kudapan (kuaci). Kerna kuaci ler aku kena ktuk ktampi masa prep di sekolah menengah. Nakal bangat dulu2. Sekarang dah insaf. Kuaci pn dah lame tak beli. Bukan apa.. tak der membe(black warrior grup:kump yg anti lelaki dan amat bahaya utk junior dekati)hahaha... nak kopek dan kunyah sama2sambil ngumpat kaum Adam sekolah aku.



continue next episode....

Selasa, 28 Oktober 2008

Lemahnya 'aku' bernama manusia

Arghh...ari nie surver diri down ler.Ntah naper???tp biasak ar itu kan fitrah
manusia.Namun malu gak pada Allah kerana hamba-Nya ini tak utuh menahan dugaan ringan berbanding ujian para rasul dan nabi.Anak didikku adalah permata yang apabila digilap akan bernilai dipenuhi ilmu serta mulia di sisi Ilahi.InsyAllah...amin Ya Rabb.



Bila aku memandang dunia
Dunia penuh kepalsuan
Bila aku memandang langit
Langit penuh ketenangan
Antara dunia dan langit
Dulunya bercantum dekat
Terpisah untuk penghidupan
Makhluk yg banyak melanggar hukum dari adat
Banyak mengeluh kerana kesukaran
Kurang bersyukur dengan kurniaan
Lagha kerna secubit nikmat
Jauh dari cinta pemberi rahmat

Isnin, 27 Oktober 2008

Kawan,member dan sahabat???

Kawan ialah orang yang kita bertemu di bahu jalan.Member pula adalah orang yang boleh dibuat lepak dan santai. Manakala sahabat ialah orang yang boleh share about our life togheter malah menghulurkan tangan tika susah dan senang.Sebentar tadi member tepon setelah beberapa lama menyepi kerana kesibukan kerja.Member sama course dakwah di Kusza.Berkarakter rempang tersembunyi jiwang seperti diri ini.Namun yang membezakan dia bongsu dan diri ini sulong.Kelaka juga bila diingat zaman remaja dahulu.Always nak hepi ajer.Tima kasih teman-teman kerana sanggup mencipta memori itu bersama agar ia menjadi slide show di kala usia menginjak senja.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Diet untuk sihat...

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi Saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya! (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).

Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.'
:
Sabda nabi

Petang tadi ketika di Tesco abah sempat melakukan free body fat measurement.Sebenarnya abah agak keberatan untuk melakukannya namun anaknya ini yang memaksa.Haha.Walaupun target cina yang memeriksa itu untuk promosi produk nutrition breakfast namun target anak yang sayang abah ini ialah abahnya kekal sihat.Hasilnya BMI abah menunjukkan overweight di mana lemak di bahagian perutnya paling banyak.Maka abah disarankan mengurangkan berat sehingga 20kg.Nampaknya abah kena berusaha lebih lepas ini.Jika hendak anaknya ini boleh jadi free dietition for him.Siap dengan list untuk pemakanan dan cara hidup sihat pun boleh.Kita berusaha Allah penentunya.Lebih baik mencegah daripada berubat.Makan untuk sihat agar dapat beribadat kepada-Nya bukannya membawa kemudaratan kepada tubuh badan pinjaman-Nya.

SEPI


Sepi sebenarnya dapat dimanfaatkan untuk mencari ilmu tiket mentaqarrubkan diri kepada Ilahi.Jika ia dilakukan,sebenarnya tiada ruang untuk berasa kesepian.Suasana itulah adakala mengundang syaitan laknatullah memanipulasikan keadaan demi impiannya mengheret generasi Adam turut sama-sama merasai kepanasan bahangnya neraka.Pandai-pandailah baca Al-Quran sekali dengan makna ke,baca (kitab,buku,novel,majalah),dalam internet pelbagai bahan bacaan.Menulis@melukis apa-apa sahaja.Banyak benda boleh dibuat.Banyak lagi jika hendak disebut.Pandai-pandai lah sendiri,"tak gitu" (trademark penyelaras Dakwah Kusza 2002).

***Lemahnya iman manusia,Allah diingati ketika susah dan sepi sahaja.Sukarnya mengingati-Nya waktu ketawa ria.Bukan tak ingat langsung namun agak terlagha.Astaghfirullah hal a'zim.

Khamis, 23 Oktober 2008

PERPADUAN MEMBENTUK MUAFAKAT



Pada 9pagi hari ini telah berlangsung sukaneka RIMUP antara SK BUKIT SELARONG dengan sekolah tamil sebelah.Bagus la aktiviti-aktiviti begini dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.Ketika media riuh bicara tentang perpaduan yang semakin longgar antara kaum hakikatnya rakyat masih dapat duduk semeja sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum.InsyALLAH ia akan berterusan dengan izin ALLAH.Biiznillah.


Rabu, 22 Oktober 2008

Sajak 1/4


Hati sukar hendak dikaji nilai ikhlasnya

Jiwa susah dijejaki bila gundahnya

Minda payah ditafsir tahap warasnya

Perasaan tidak dimengerti suka dukanya...

Life is too short so dalam kesingkatan ini ada baiknya menjaga hati dan perasaan diri dan insan lain sebelum ajal menjemput pulang.Jika diri terguris tahu mengubatinya kerana merasai tahap sakitnya. Namun jika orang lain terhiris mana bisa dirawati kerana sukar disukat tahap pedihnya.




Ahad, 19 Oktober 2008

Maafkan daku...treteng teng teng


Kasihan sahabat-sahabat lamaku ( SMA PEKAN GURUN ) sudah beberapa kali menjemput ku menghadiri gathering dan open house mereka tetapi tetap ditolak dengan alasan yang berkonkrit.Bukan hamba tidak sudi namun tuntutan masa mengekang atau bahasa biasa ditutur ialah tiada jodoh lagi.Wahai sahabat-sahabatku sekelian insyALLAH jika ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi kalau ada umur yang panjang kita akan bertemu kembali.InsyALLAH.


Rewind : Teringat berenang dalam kubang kerbau sambil nyanyi lagu IPDA( Ins.Perguruan Darul Aman ) sebanyak 2kali ketika camping BIG( Bina Insan Guru ) pada 4 hingga 7 Ogos 2008 di Kem Timah Tasuh,Perlis.Tak nyanyi pun hanya miming saja...haha....,busuk punya pasal.Alih-alih naik ke darat lintah kaler ijau sebesar ibu jari atas seluar tapi slamber la wehh.....tu kan i punya trade mark di KUSZA satu masa dulu.Cover macho bukan cover malu.kuang3x..


Jumaat, 17 Oktober 2008

Berakhirnya usia dunia


Jumaat adalah hari umat Islam kerana diwajibkan solat Jumaat buat kaum lelaki yang mumayyiz.Hari yang istimewa dari segala hari.Hatta,bumi juga dicipta pada hari ini.Malah hari kelahiranku juga jatuh pada penghulu segala hari ini.Namun,yang pasti hari release tension untuk semua pekerja di negeri Melayu Bersekutu dan negara-negara Islam termasuklah diri ini yang menanti-nantikannya setelah 5 hari mengembeling tenaga dan minda mendepani anak didik Bukit Selarong.Sekurang-kurangnya 2 hari bercuti dapatlah mengecas semula tenaga dan minda untuk memulakan kembali sesi p&p pada hari Ahad seterusnya.
Niat di hati untuk membawa emak dan adik-adik ke rumah paksu terbantut di sebabkan kesihatan yang mengganggu semenjak semalam.Virus selesema telah menjangkitiku di tambah demam yang kebahnya turun naik umpama air laut yang ada pasang surut.Pil Ezede yang berharga RM5 sekotak ditolak diskaun RM1 kutelan sebiji sebagai sebab musabab untuk penyembuhan.Juga sebagai ikhtiar seorang hamba.Selebihnya serahkan urusan itu kepada Al-Khalik yang memberi penyakit dan DIA lah yang berkuasa menariknya kembali.Namun yang penting kesedaran yang Allah beri ialah rasa rendah diri terhadap kekuasaannya kerana sebagai manusia kita pasti merasa gagal,sakit dan mati.Sekaligus mengugurkan dosa-dosa kecil yang berlaku saban waktu.
Hikmah dari sakit ini adalah menghabiskan buku cetusan minda berhalaman 141 muka surat yang diterjemah dari hasil karangan syeikh kesayangan masyarakat Mesir khususnya dan dunia islam amnya iaitu Syeikh Muhammad Mutawalli Al-Sya'rawi.Ia diterjemah ke dalam bahasa melayu oleh Muhammad Ramzi Omar,bekas pelajar Universiti Al-Azhar,Mesir.Buku ini telah beberapa bulan dibeli di MPH namun sempat dibaca sehingga fasal kedua sahaja kerana tuntutan kerja di sekolah,kuliah dan tugasan maktab dan tanggungjawab terhadap keluarga.Ditambah bahasanya umpama subjek falsafah yang digelar killer subjek oleh student usuluddin Al-Azhar cawangan Alexandria.Sekali baca seperti subjek sains pun ada juga.Entahlah,akibat lemah hendak menghadap kefahaman yang memerlukan pemikiran kritis maka berubah kepada beberapa buah novel Jemari seni Publishing kepunyaan Kak Ngah ( family nic name adik pertama).Namun,kagum tetap menghiasi hati kerana seorang syeikh mampu menghasilkan buku bertajuk "Berakhirnya Usia Dunia" dengan jalinan teori tentang ciptaan bumi.
Minat membaca di waktu lapang membuatkan tangan pantas mencapai buku berkulit biru dirak dalam bilik.Ini kerana hanya buku ini sahaja yang masih belum khatam.Sikap yang suka memotong kulit buah dari bawah dan membaca buku dari belakang kembali berlaku.Helai demi helai,fasal demi fasal ia makin menarik menceritakan permulaan manusia tentang roh sehingga kembali ke bumi ( tanah )disebut alam barzakh dan seterusnya kiamat.Ilmu yang begitu menarik dan mempunyai maksud tersirat buat manusia yang mahu berfikir.Dengan izin Allah,isinya terlalu mudah difahami pada hari ini berbanding ketika mula-mula dibeli dahulu.Akibat kandungan ilmu tersebut,kekaguman berubah terhadap penulis kepada Allah SWT kerana segala kejadian juga ilmu datang daripada-Nya.Kita manusia hanya menggunakannya untuk kesinambungan yang baru.Tidak lebih dari itu.
Menariknya lagi ialah tentang semakin tingginya ilmu manusia sepatutnya lebih dekat kepada pencipta tetapi sebaliknya berlaku.Manusia lebih bangga kerana baginya dia peneroka ilmu tersebut dan pencipta atas setiap keberhasilan usahanya.Insaf menakluki diri.Ia keterlanjuran tanpa disedari yang mana selama ini kita selalu mengaku sebagai orang telah berjaya disebabkan sikap rajin.Disebabkan ubat dan doktor penyakit sembuh.Disebabkan kita menanam maka padi tumbuh.Contoh-contoh lain yang sering berkisar sekitar hidup seharian.Jika ubat dan doktor sudah lama kusandarkan pada Allah maka ia masih dalam kawalan tidak terlanjur bongkak dan riak.Namun bagi kejayaan dan keberhasilan sering kita terlupa,disandarkan pada tuan empunya usaha.Sedangkan ia hanya sebab musabab kepada keberhasilan dan kejayaan.Sikap rajin sebab kepada lulus periksa.Sikap berbudi kepada tanah sebab suburnya padi.Bukan tidak ingat kekadang terlepas pandang.Manusia juga sering menganggap tahu segalanya sedangkan banyak rahsia-rahsia alam yang Allah tidak singkapkan.Contohnya roh.

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja." (Surah al-Isra' ayat 85)

Allah hanya menyingkapkan sedikit sahaja sebagai wadah untuk manusia berfikir akan kebesarannya.

" Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"
(Surah al-Dzariyat ayat 21)

Manusia kini bongkak dapat menembus orbit sebagai angkasawan hingga dapat melalui Marikh namun tetap tidak dapat menembusi lapisan langit ketujuh.Juga riak dapat mencipta hotel di Amerika dengan segala permintaan ditunaikan mesin namun disebalik tabir ramai pekerja yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman untuk tujuan tersebut sedangkan dalam syurga keinginan dipenuhi tanpa diuruskan pekerja.Banyak lagi contoh-contoh menarik terdapat dalam buku cetakan 2007 ini.
Ya Allah ampunilah keterlanjuran kami serta sedarkan kami akan sekecil-kecil dosa agar kami termasuk dalam
hamba-Mu yang layak memilki cinta-Mu.AMIN YA RABB.






Khamis, 16 Oktober 2008

BERSATU TEGUH




Seronoknya dapat mengembirakan orang yang kita sayang.Hati ini pun rasa aman dan bahagia.Mak nampak happy sangat hari ini.Apa taknya salah satu dari impiannya hampir terlaksana.Nak tahu apa dia?cuba teka one and two and three (cam kiah proba lam jangan geletek pulak).Impiannya untuk memiliki perniagaan.Sudah semestinya berkaitan dengan makanan sebab itulah hobi emak.Malah,ini pembaharuan berbanding produk sebelum ini yang hanya bertahan sekerat jalan.Pembaharuan yang mungkin lama bagi orang sebelah selatan tapi agak baru di sebelah utara iaitu cupcake dan mufin.Walaupun ia masih di peringkat mencari pelanggan sekurang-kurangnya satu keluarga memainkan peranan bermula dari memberi idea hingga kepada penghantaran.Di sini nampaklah semangat kerjasama sesama ahli keluarga.Umpama nukilan pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Masa ini bebanan kerja pun tidak terasa letihnya.Jelas,suruhan Allah memang untuk kebaikan hamba-Nya.Bermula dari tiang agama iaitu solat yang digalakkan untuk berjemaah dengan 27pahala.Tertibnya amat halus maknanya untuk diadaptasi dalam hidup.Jemaah yang diketuai imam dan segala rukun fi'li dan rukun qauli diikuti para makmum.Di tambah takbir serentak yang bergema seluruh Masjidil Aqsa digeruni tentera israel.Ini di sebabkan umat Islam bersatu membentuk saf lalu rukuk dan sujud pada tuhan yang sama dengan meninggalkan hal dunia buat sementara.Kan bagus kiranya semua penghulu rumahtangga dapat memainkan peranan imam untuk ahli keluarganya.Bermula dari solat maka seluruh hidup akan teratur dengan baik.Maka,ada baiknya nagi wanita-wanita yang ingin mencari suami utamakan syarat boleh menjadi imam kepada lelaki untuk kebahagian dan keberkatan.

Rabu, 15 Oktober 2008

Buah cempedak di luar pagar

Kita dilahirkan umpama kain putih yang boleh dicorakkan menjadi Islam, Majusi atau Nasrani. Kejadian yang bermula dari segumpal darah dalam rahim seorang wanita. Hidup yang bermula dengan tangisan tanpa sebarang kata. Tumbesaran yang melalui tahap pembelajaran dari masa ke semasa. Menerokai ilmu sebermulanya melihat alam dunia yang dikusuti pancaroba. Dalam pembelajaran pasti didatangi kesilapan. Kekadang rebah menongkah arus nafsu dan Iblis syaitan raja segala kejahatan. Semua itu bukanlah alasan buat terus mencari ilmu yang pernah Jibril menjadi guru kepada manusia agung Muhammad SAW dengan pelajaran pertama surah Al-Alaq yang silibusnya juga tentang ilmu. Itu adalah bukti kukuh menunjukkan peri pentingnya ilmu kepada makhluk bernama manusia. Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Tuntutlah ilmu hingga ke akhir usia. Tiada noktah selagi jasad masih bernyawa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...