? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 25 Februari 2010

Berilah CINTA selagi masa masih ada.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Masa dapat mengubah segalanya.

Masa dapat menggugurkan kelopak INGATAN perhubungan.

Masa yang memisahkan diri dengan rakan-rakan ketika sekolah dahulu.
Masa yang menemukan kami semula di alam maya.
Masa yang membawa pergi rakan-rakan dari dunia ini di usia yang masih muda.
Masa juga penyebab berita pemergian beberapa rakan itu sampai melalui rakan lain setelah lama tidak bersua.
Masa benar-benar mencemburui.
Tidak..masa itulah yang benar kerana patuh berjalan pada paksinya tanpa pincang sedikit pun.
Manusia yang lalai kerana tidak pandai menghargai masa.
Manusia yang leka kerana tidak menjadikan masa itu benar-benar berkualiti.

Masa dapat memekarkan CINTA dan RINDU.

Masa memisahkan insan yang paling mulia dengan penghuni bumi.
Namun masa tidak lupa menghebahkan sirah baginda agar diteladani.
Sehingga ramai yang masih mengikuti sunnah baginda sehari-hari.
Masa juga menjadi saksi pada hati dan bibir yang basah berselawat saban siang dan malam.
Jauhnya berpisah dari masa tidak melekangkan sedikit pun cinta dan ingatan pada baginda.
Malah ia makin mekar dari hari ke hari kerana baginda sememangnya sudah memberi cinta kepada seluruh umatnya maka sepanjang zaman beliau dicintai.

Masa ada tidak menghargai.
Masa pergi baru disesali.
Hargailah masa ada agar jangan disesali pada yang sudah pergi kerana semestinya tidak akan kembali lagi.

Jika masih punya ibu bapa layanilah mereka sebaiknya kerana mungkin esok kita akan merindui celoteh mereka.
Jika masih punya suami, isteri dan anak-anak sempurnakanlah hak mereka kerana mungkin esok kita rindu untuk menunaikan tanggungjawab itu.
Jika masih punya keluarga, guru, sahabat dan tetangga bantulah mereka sedaya mampu kerana mungkin esok kita rindu bersosial dengan mereka.
Jika masih punya usia, renjiskanlah cinta seisi alam berpaksikan cinta Allah kerana mungkin esok kita tidak ada lagi di sini.

Sabtu, 13 Februari 2010

Semuanya bermula dari hati


"Aih..hampa semayang dak lagi ni?" keluar sahaja dari surau guru Matematik laung bertanya
pemain-pemain bola sepak sepak sekolah yang berada di kantin.

"Dak lagi cikgu," sahut mereka secara serentak.

"Ha..lekaih la mai semayang dulu, tunggu apa lagi, lambat lagi nak mula perlawanan tu," ala-ala seorang ibu yang menyuruh anaknya solat.

5 minit kemudian mereka memulakan solat jemaah berpakaian baju bola yang menutupi aurat. Namun saf itu renggang antara satu sama lain. Nampak lompang-lompang laluan yang dapat dilalui oleh seekor kucing.

Bercerita bab solat sampai kiamat pun tidak akan berhenti. Itulah yang sepatutnya berlaku. Bukan untuk mengundang jemu. Namun untuk memperingatkan kelalaian. Juga memperbetulkan kesalahan.

Seorang ibu dan ayah perlu bertanya anak-anak samada telah menunaikan solat setiap waktu. Itu pegangan mak setelah mendengar melalui seorang ustaz lama dahulu. Tanpa rasa jemu mak bertanya setiap kali masuk waktu solat. Tidak ada yang rasa marah walau ada yang terlewat kerana itu adalah suruhan Allah.

"Mak hanya mengingatkan, ini adalah suruhan Allah, buatlah kerana Allah. Bukan kerana mak," pesan mak kepada anak-anaknya.

Mak juga tidak pernah lupa menghampar sejadah dengan meletakkan kain pelikat dan ketayap di atasnya sebagai peringatan tanpa suara buat adik-adik lelakiku. Mereka memahami arahan bisu itu.

******

Cadangan guru-guru perempuan agar surau dihidupkan dengan laungan azan ketika Zohor kuutarakan ketika mesyuarat Panitia Pendidikan Islam. Selain memanggil warga sekolah meninggalkan kerja untuk menghadap-Nya. Dapat juga menghidupkan hati-hati yang liat dari mengingati Allah. Hati-hati itu biarlah kembali bercahaya untuk tidak melengah-lengahkan ibadat. Juga tidak lupa untuk menunaikan ibadat tidak kira di mana sahaja berada.

Maka Panitia akan membuat jadual bergilir kepada murid lelaki tahap dua sebagai bilal. Syaratnya, guru dan kakitangan sekolah juga perlu hadir sama ke surau ketika azan berkumandang. Jika hendak dibentuk sesuatu maka acuannya dahulu perlu dalam keadaan baik. Begitulah cadanganku. Selain sama-sama berjemaah. Di ketika inilah, guru-guru dapat memperbetulkan kesalahan murid-murid sebelum solat bermula. Tidak lagi perlu menunggu Kem Bestari Solat yang hanya dijalankan empat kali setahun untuk murid tahap satu. Juga Kem Akil Baligh yang hanya sekali setahun. Ditambah kekangan masa yang sentiasa mencemburui. Juga bebanan tugas yang tidak pernah surut.

********

Aturan Allah itu sesungguhnya amat cantik. Azan yang dikumandangkan bersahutan serata pelosok dunia tanpa henti 24 jam. Menjadikan alam berada dalam keadaan tenteram.

Sebelum Subuh di bait Nuha Amani, Mandara, Iskandariah, Mesir. Suasana damai yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Membuka tingkap kaca berhadapan bilik imarah hadapan yang dihuni oleh keluarga arab cukup memberi ketenangan. Merenung langit kelam yang dihiasi bintang-bintang. Pertengahan bulan Islam ada bulan bercahaya yang turut menjadi hiasan. Terpegun pada ciptaan Ilahi. Bersyukur pada kedamaian yag diberi. Jika suasana malam di sini indah. Suasana malam di sana lebih indah. Barangkali di bumi berkah yang bersemayam jasad beberapa Nabi dan alim ulamak.

Mendengar kunci mushalla dibuka oleh remaja penghuni imarah berhadapan imarahku memberi tanda bahawa waktu Subuh sudah tiba. Remaja itu tidak pernah menangguhkan tugasnya. Melaungka azan pertama bagi mengejutkan jasad-jasad yang dibuai mimpi. Azan kedua yang bersahutan dari mushalla lain yang berdekatan juga bagai satu irama menggetarkan hati yang takut pada Ilahi. Segera menyucikan diri lalu menghadap Ilahi. Menyerah sebulat hati pada pencipta bumi.

Kenangan itu cuba direalitikan di sini. Walaupun tidak sama tetapi mirip kerana semuanya terletak pada satu hati yang memulakan niat kerana Allah Taala.

Mendirikan solat hanya sekadar jasad tidak akan timbul rasa nikmat. Mendirikan solat bersama hati akan menumbuhkan bibit cinta bersama getar pada Ilahi.

Selasa, 9 Februari 2010

Bacalah..hati akan menjadi lapang..


Izinkan berlari sebentar dari dunia realiti.

Ayat yang dapat ditafsir dengan pelbagai makna oleh individu yang berbeza. Namun hanya aku yang mengerti makna sebenarnya. Tercetus hasil pelbagai rasa yang melingkari hidup. Semakin kuat ingin menjadi kuat maka makin berganda diasak dan dihempap dengan dugaan. Mendatang bagai deruan ombak yang menghempas tepian sehingga menghakis tembok yang dibina. Adakala sehingga memukul sebuah dua rumah yang berdekatan . Namun syukur kerana tidak dilanda tsunami yang memanjat daratan dengan pukulan yang dahsyat seperti yang berlaku pada sesetengah individu.

Beberapa hari lepas baru selesai memasuki dunia gengster dan mafia. Kali ini ingin ke dunia anak muda kampung berijazah yang berjiwa kental. Kedua-duanya tidak lari dari elemen cinta. Namun masih berlapik dan ada sandaran pada Yang hak. Terkandung ilmu, fakta, agama, nilai, akhlak dan elemen kemanusiaan yang kuat. Sesuai bagi diri ini yang malas membaca buku-buku ekonomi dan perniagaan. Satu kepuasaan apabila dapat lari sebentar dari realiti hidup sendiri. Masalah dapat dikeronyok seperti kertas yang tidak diguna pakai lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Jelas pengajaran pertama pada Rasulullah iaitu 'iqra' terkandung banyak kandungan tersirat dan hikmah oleh Allah Taala. Bukan sekadar untuk suka-suka. Bukan sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan. Malah dapat melangsaikan bebanan dan tekanan.

Jika dahulu kertas kosong adalah wadah untuk dilontarkan segala masalah. Tanpa kebosanan menerima segala suka duka. Kini kertas yang bertulis pula dapat memadamkan memori masalah dengan pengisian data baru. Walaupun aktiviti membaca adalah hobi dari dahulu. Namun rasanya lebih bermakna kini .

Membaca buku menggembirakan. Membeli buku tidak rasa membuang wang. Memiliki buku seperti membina segunung harta. Menulis buku rasanya adalah kemuncak kepuasaan. Mungkinkah dunia mimpi ini mampu direalitikan? Pastinya perlukan daya usaha dan doa.

Sebelum ke Mesir agak risau tentang budaya orang sana yang suka membuat bising. Mungkinkah akan menganggu masa stadi. Sudah ke sana kelemahan di Malaysia masih terbawa-bawa apabila tidak dapat menumpukan perhatian walau hanya bunyi seekor cicak. Sepertiga malam, remaja Mesir bergaduh masih mampu menjengah ke tingkap kerana tumpuan sudah lari. Kini kelemahan itu dapat diatasi apabila dapat membaca di mana-mana sahaja.

Jangan terlalu risaukan akan perkara yang belum berlaku walaupun perlu berwaspada dan berhati-hati. Berbaik sangka pada kehidupan yang akan datang tidak akan merugikan. Malah kerana sangka itulah Allah akan memudahkan.

Seorang rakan sekerja suka membaca sehingga membaca ketika memandu. Rajinnya seorang guru sehingga boleh memudaratkan. Berdoa agar aura kerajinan itu tempiasnya mengenai murid-murid yang masih tidak memandang lebih bernilainya buku dari sekeping wang kertas.
Entah kenapa pada bulan ini teringin menguliti buku-buku Jemari Seni Publishing.

Ahad, 7 Februari 2010

Mahalnya setitis airmata


Wanita terlalu lemah. Wanita tidak sekuat lelaki. Wanita mudah mengalirkan airmata.
Wanita penuh emosi. Namun itulah nikmat kata sahabatku. Nikmat menjadi seorang wanita ujarnya lagi.

Berinteraksi dengan ramai wanita sekarang ini membuatkan aku lebih mengenali kaumku sendiri. Walaupun aku adalah wanita namun aku dapat mengumpulkan fakta sebanyak mungkin bahawa beginilah fitrahnya seorang wanita. Namun, ada sebahagian wanita yang mampu melindungi semua sifat itu dengan perisai tabah, sabar dan redho sehingga tidak nampak langsung bayangan goyahnya. Wanita-wanita sebegini mengikut jejak srikandi dahulu kala yang meletakkan Allah di hadapan segala-galanya.

Airmatanya dilindungi dari menitis di khalayak. Luka hatinya ditutupi sehingga berhadapan orang ramai umpama tiada masalah. Mampu tersenyum bahagia sehingga aura itu menimpai sesiapa sahaja yang melihatnya. Kata-kata indah terukir cantik keluar dari butir katanya.

Terlalu banyak keluhan wanita tentang rasa hati yang kubaca saban hari. Aku turut sedih dengan keluhan itu namun hanya mampu berdoa dan meng'amin'kan agar sinar bahagia menanti mereka di hujung sana. Bahagia jika tidak dikecapi di dunia tetapi di akhirat sana.

Entah apa hikmah-Nya aku turut terheret sama menjadi pembaca setia akan masalah-masalah itu sepertimana pinta mereka. Masalah antara dua jantina yang kian lebat rimbunnya. Jika lidah suami isteri lagikan tergigit. Inikan pula lidah pasangan yang belum diijabkabulkan.

Sabar. Hanya itu penenangnya. Bergantung kepada DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Redho itu penawarnya. Segala sakit dan penderitaan itu akan sembuh seperti sediakala.

Jangan dibazirkan airmata kerana cinta dunia. Airmata itu bakal menjadi saksi jika menangis kerana takutkan DIA.

Sabtu, 6 Februari 2010

Sedar di lorong Cina.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"Adik beli coklat?" kucuba beramah mesra dengan seorang kanak-kanak perempuan di
simpang lorong rumah cina.

"Hmm..mak suruh beli planta di kedai," hakikatnya aku hendak mengajak kanak-kanak itu turut lari bersamaku daripada seekor anjing yang menuju ke arah kami. Kononnya hendak menjadi penyelamat. Walhal anjing itu langsung tidak mempedulikan kewujudan kami akibat asyik mencari makanan.

Kami beriringan di bawah satu payung ketika matahari terik menjamah kulit. Berjalan sambil berkenalan agar suasana tidak hambar.

"Adik bersekolah di sini?" selaku orang dewasa aku bertanya.

"Tak, saya sekolah di Tasek Apung," deretan rumah bangsa Cina itu kami lewati.

"Mak Cik..Mak Cik cikgu ka?" ada satu kejutan pada soalan itu. Bukan..bukan pada soalan itu tetapi pada satu perkataan itu.

'Mak Cik'. Ya, kanak-kanak itu benar. Dia memang kanak-kanak yang jujur. Berani berkata benar sehingga aku tersedar dari lamunan usia bahawa aku sudah tua. Hampir masuk separuh usia Nabi. Pada tahun ini angka itu akan bertambah lagi satu. Walaupun aku bukanlah wanita yang malu-malu kucing hendak memberitahu angka itu namun aku gusar. Gusar kerana tua kurangnya amalan. Ohh..diriku.

"Hmm..Mak Cik cikgu tapi bukan di sekolah sini. Sekolah Mak Cik jauh," terasa janggal menyebut Mak Cik. Selama ini menggunakan Acik pada anak-anak sahabat ketika berfacebook.

"Adik ada kakak dan abang?" soalan merujuk kepada sebab kanak-kanak berjalan sendirian di tengahari yang kekurangan orang.

"Kakak ade la tapi abang tak de," ala-ala loghat KL kanak-kanak itu menjawab.

Pernah timbul kehairanan di benakku. Pernah juga bertanya lisan kepada mereka. Murid-murid dan pelajar-pelajar di sini ramai menggunakan loghat selatan. Bila ditanya memang dilahir dan dibesarkan di sini. Tidak pernah tinggal luar dari Kedah. Tidak kupeduli sebenarnya loghat apa yang hendak digunakan. Cuma, penekanannya kanak-kanak memang mudah terpengaruh walau hanya melalui layar televisyen. Sekadar loghat tidak mengapa. Masalahnya ialah terpengaruh cara berpakaian, bertabarruj, bersosial dan pelbagai masalah di luar syarak.

"Kakak sekolah di mana?" seronok pula berbual dengan kanak-kanak ini.

"Kakak yang nombor satu sekolah di SMP," ramah dan petah kanak-kanak itu menjawab.

"Sekolah Menengah..P tu apa?" berlegar-legar mencari nama penuh bagi P itu.

"Bukan..bukan..bukan Sekolah Menengah..sekolah yang dekat dengan Tasek Apong," aku angguk walaupun masih kelam. Akulah manusia yang masih belum mahir dengan tempat sendiri kerana asyik tinggal di luar negeri.

"Haa Mak Cik..di sana rumah saya," sambil jari menunjuk ke arah rumahnya.

Kanak-kanak itu kulepaskan selepas lori berlalu. Ketika jalan kosong dari sebarang kenderaan. Risaunya hati melihat kanak-kanak berusia 9 tahun yang masih teragak-agak untuk melintas jalan seorang diri.

***Di bumi Musa dahulu aku suka berbual dengan kanak-kanak arab. Sebabnya adalah bahasa arab pasarku yang tidak berapa lancar. Cara kanak-kanak berkomunikasi lebih mudah difahami berbanding dewasa. Cuma aku menjadi kagum kerana kanak-kank berusia 11tahun sahaja sudah matang berbicara tentang bab aurat dan perjuangan di Palestin. Bukan sekadar dengan gaya biasa tetapi bersemangat seperti sanggup untuk turun ke medan sana pada bila-bila masa. Berani bertanya dan menegakkan jawapan.

Aku sedang mengatur cara tentang bagaimana mahu melatih murid-murid agar petah dan lancar untuk pertandingan bercerita yang akan datang. Sekaligus mengusir ragu-ragu dan rasa malu berhadapan dengan penonton.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...