? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 9 Februari 2010

Bacalah..hati akan menjadi lapang..


Izinkan berlari sebentar dari dunia realiti.

Ayat yang dapat ditafsir dengan pelbagai makna oleh individu yang berbeza. Namun hanya aku yang mengerti makna sebenarnya. Tercetus hasil pelbagai rasa yang melingkari hidup. Semakin kuat ingin menjadi kuat maka makin berganda diasak dan dihempap dengan dugaan. Mendatang bagai deruan ombak yang menghempas tepian sehingga menghakis tembok yang dibina. Adakala sehingga memukul sebuah dua rumah yang berdekatan . Namun syukur kerana tidak dilanda tsunami yang memanjat daratan dengan pukulan yang dahsyat seperti yang berlaku pada sesetengah individu.

Beberapa hari lepas baru selesai memasuki dunia gengster dan mafia. Kali ini ingin ke dunia anak muda kampung berijazah yang berjiwa kental. Kedua-duanya tidak lari dari elemen cinta. Namun masih berlapik dan ada sandaran pada Yang hak. Terkandung ilmu, fakta, agama, nilai, akhlak dan elemen kemanusiaan yang kuat. Sesuai bagi diri ini yang malas membaca buku-buku ekonomi dan perniagaan. Satu kepuasaan apabila dapat lari sebentar dari realiti hidup sendiri. Masalah dapat dikeronyok seperti kertas yang tidak diguna pakai lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Jelas pengajaran pertama pada Rasulullah iaitu 'iqra' terkandung banyak kandungan tersirat dan hikmah oleh Allah Taala. Bukan sekadar untuk suka-suka. Bukan sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan. Malah dapat melangsaikan bebanan dan tekanan.

Jika dahulu kertas kosong adalah wadah untuk dilontarkan segala masalah. Tanpa kebosanan menerima segala suka duka. Kini kertas yang bertulis pula dapat memadamkan memori masalah dengan pengisian data baru. Walaupun aktiviti membaca adalah hobi dari dahulu. Namun rasanya lebih bermakna kini .

Membaca buku menggembirakan. Membeli buku tidak rasa membuang wang. Memiliki buku seperti membina segunung harta. Menulis buku rasanya adalah kemuncak kepuasaan. Mungkinkah dunia mimpi ini mampu direalitikan? Pastinya perlukan daya usaha dan doa.

Sebelum ke Mesir agak risau tentang budaya orang sana yang suka membuat bising. Mungkinkah akan menganggu masa stadi. Sudah ke sana kelemahan di Malaysia masih terbawa-bawa apabila tidak dapat menumpukan perhatian walau hanya bunyi seekor cicak. Sepertiga malam, remaja Mesir bergaduh masih mampu menjengah ke tingkap kerana tumpuan sudah lari. Kini kelemahan itu dapat diatasi apabila dapat membaca di mana-mana sahaja.

Jangan terlalu risaukan akan perkara yang belum berlaku walaupun perlu berwaspada dan berhati-hati. Berbaik sangka pada kehidupan yang akan datang tidak akan merugikan. Malah kerana sangka itulah Allah akan memudahkan.

Seorang rakan sekerja suka membaca sehingga membaca ketika memandu. Rajinnya seorang guru sehingga boleh memudaratkan. Berdoa agar aura kerajinan itu tempiasnya mengenai murid-murid yang masih tidak memandang lebih bernilainya buku dari sekeping wang kertas.
Entah kenapa pada bulan ini teringin menguliti buku-buku Jemari Seni Publishing.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...