
Dia tersentak dengan arahan tersebut. Aku juga tersentak setiap kali menyebut namanya kerana teringatkan makanan kegemaran ketika berada di tanah Mesir.

"Ok akak, jalan baik-baik ye, hampir Maghrib ni," pesan mereka justeru memberi isyarat bahawa aku terpaksa jalan seorang diri menuju ke satu-satunya restoran yang menjual kushairi paling sedap di Iskandariah dan Kaherah.
"InsyAllah," sahutku pendek sedikit terkilan dengan sikap ahli bait namun kerana kushairi kakiku laju menapak menuju ke destinasi yang diingini.


Tegur seorang sahabatku, "Akak suka betul makan kushairi, saya tak suka makan benda itu.

Kesempitan dalam masa tertentu di sana kadang-kadang adalah rahmat Allah untuk memberi peringatan padaku agar mengingati hamba-Nya yang jauh lebih susah. Aku sering berfikir ketika kesempitan kumasih punya wang untuk membeli ish yang berharga LE1.20 untuk dijamah bersama sos cili yang dibawa dari Malaysia. Punya rakan serumah untuk membeli makanan dan membayar duit sewa rumah. Malah ada yang sanggup menghulurkan bantuan tanpa dipinta. Besar sungguh rahmat Allah kepada penuntut ilmu. Diberi ilmu hidup ketika menuntut ilmu akademik untuk berfikir dan menilai tentang kebesaran dan norma hidup.
Kasihan pada mereka yang tidur di jalanan yang membungkus badan dengan lihaf ( selimut tebal) di musim sejuk. Sedih melihat anak-anak kecil yang comot meminta sedekah buat membeli makanan. Itu juga adalah ilmu buat mereka barangkali agar menerimanya dengan sabar sekaligus menggandakan pahala dari mereka-mereka yang senantiasa kenyang perut.
0 comments:
Catat Ulasan