? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Rabu, 1 April 2009

April menanti...


Mata dipejam celikkan sudah masuk April bulan keempat dalam kalendar Masihi.

Perasaanku gembira kerana April bakal menamatkan praktikum. Justeru berakhir penulisan buku rancangan mengajar praktikum dengan memerah otak menghasilkan langkah-langkah pengajaran seperti yang dikehendaki pensyarah. Ternoktah juga bahan-bahan pengisian untuk diisi dalam portfolio.

April juga menaikkan usia ke satu lagi anak tangga yang menyedarkanku bahawa usia ini pasti berakhir. Masa yang sama kubangga kerana usia ini mematangkan diri akibat mendepani mehnah yang makin mencabar.

Kedatangan April adakala menggusarkan kerana ada beberapa kerja yang sepatutnya dilangsaikan masih tergendala. Kem Bestari Solat 1 masih tidak dilaksanakan. Assignment Gerko juga perlu dihantar ke IPDA di penghujung April. Ia menuntut masa yang perlu bijak dibahagikan kerana sekarang bagiku masa itu umpama uranium. Terlalu mahal dan bernilai.

Itu antara peristiwa yang kuketahui bakal berlaku dalam April. Banyak lagi perkara baru bakal berlaku dalam April yang ku sendiri tidak dapat mengagak timbulnya. Pastinya perkara itu adalah pengalaman yang mengajar erti sebuah kehidupan buat meneroka alam selagi usia masih meniti tangga hari.

2 comments:

sunshine berkata...

semoga kbahagian datang menjelang april..ermm,dh april dh aek..dh 4 bulan aku bercuti..hmm..

eva berkata...

wah lamenye cuti....

besnyer....

moga April makin mengundang keberkatan buat kita ek...amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...