

"Mak, depa ejek nama bang Man," adu adik kelimaku pulang kerumah dengan muka yang muncung 14 belas.
"Tak pa la, kan betoi nama bang Man Muhammad Nur Iman," pujuk emak menyatakan hakikat sebuah nama berserta makna yang baik.
Itulah ragam Bang Chik sebelum kelahiran adik bongsu dipanggil bang Man dalam keluarga. Aku suka pada nama itu. Mudah disebut senang dieja. Dapat dimengerti makna. Nama yang diberi oleh 'wa' (bapa saudara pertama sebelah mak).
Aku suka kerana bila menyebut namanya maka akan teringat pada turun naik tahap iman saban masa tidak kira waktu. Itulah diri yang lemah dengan ujian duniawi. Justeru memotivasikan diri untuk menjaga kualitinya dengan ibadah. Menambahnya dengan keikhlasan dalam amalan.
Sebagai hamba yang punyai kelemahan kekadang alpa pada rendahnya suhu iman. Kesibukan mencari harta menampung kehidupan mengurangkan ibadat tambahan ibadah sunat. Istiqamah masih jauh untuk digapai. Kualiti ibadah juga tidak diukur nilainya hingga ada yang menjadi sia-sia dek kerana niat yang tidak diperbetulkan dan ikhlas yang tidak disertakan bersama. Sibuk menambah kekurangan fizikal yang nampak oleh mata kasar. Sedangkan iman tonggak hamba di mata Allah sering diabaikan. Maka, ujian yang diturunkan Ilahi adalah rahmat untuk menyedarkan diri yang sering alpa akan iman yang sudah lemah yang patut dicharge kembali.
2 comments:
hmm..betuk juga ya..kadang-kadang saya sendiri pun menegur kawan-kawan mahupun adik-adik cara tak kena..mungkin sebab tu tak menjadi..tapi tak tegur tak boleh pula..
satu lagi bila kita tegur tu kita kena awasi diri sendiri juga supaya kita juga tak buat apa yang kita tegur tu kan..
betul tue...
muhasabah diri itu penting....
Catat Ulasan