Rabu, 31 Disember 2008
Erti tahun baru pada kita?
Posted by EVA SALSABILA at 8:48 PTG 6 comments
Labels: Iblis+syaitan+yahudi+, nafsu=musuh utama
Selasa, 30 Disember 2008
Award + Ukhuwah
Terkejut juga buka blog semalam dapat award dari Alia. Terima kasih Alia di atas penghargaan awak. Moga ukhuwah kita berpanjangan dengan limpahan keredhoan dari Allah S.W.T.Posted by EVA SALSABILA at 9:54 PTG 2 comments
Labels: Thanx 4 all my frenz...
Isnin, 29 Disember 2008
Mati itu pasti...ingat mati itu mesti
Posted by EVA SALSABILA at 7:25 PTG 1 comments
Ahad, 28 Disember 2008
Pembukaan Maal Hijrah
Posted by EVA SALSABILA at 11:39 PTG 4 comments
Labels: Palestin dalam doa
Jumaat, 26 Disember 2008
Azam 1430
1429 hanya berbaki dua hari sahaja lagi sebelum 1430 membuka tirai harinya. Entah kenapa hati ini tidak sebak seperti tahun-tahun sebelumnya untuk meninggalkan memori. Mungkin kerana hendak cepat menghabiskan kursus KPLI/j-QAF tapi sebelum itu kena menghadapi praktikum yang bermula pada minggu ke-3 persekolahan sehingga bulan April. Selepas itu pada bulan Jun pula berdepan dengan peperiksaan untuk major paper. Nampaknya setengah tahun depan masih kena berhempas pulas dan tidak dapat hendak bersenang lenang lagi.Posted by EVA SALSABILA at 8:26 PTG 3 comments
Khamis, 25 Disember 2008
Mabruk a'laikum
Nampaknya kuterima seorang lagi adik ipar perempuan kerana tarikh hari ini adik lelaki Dakwah Kusza telah selamat akad nikah. Membiak lagilah keluarga Dakwah nanti dengan ipar duai dan anak saudara. Maka makin bertambah umat Islam. Melalui sms tuan empunya diri kendurinya bakal berlangsung Mac tahun depan. Tahniah buat Mohd Basri dan pasangannya. Basri ini kuanggap seperti adik sendiri kerana dialah muslimin pertama yang memanggil diri ini kak Nor masa di kolej dahulu. Muslimin yang lain dengan selambanya hanya memanggil nama sahaja. Mungkin memang sifat lelaki agaknya yang gemar memanggil nama daripada pangkat usia seseorang. Basri ini juga pernah berjasa padaku kerana mengingatkanku tarikh perjalanan flight bertolak ke Mesir pada tahun 2003. Jika tidak kerana dia maka aku ketinggalan flight sehari lewat selepas penerbangan sebenar. Ini kerana sikap cuaiku melihat tarikh penerbangan. Dialah juga merupakan satu-satunya rakan Dakwah muslimin yang bersama melanjutkan ijazah ke Mesir. Jadi dialah tempat rujukan kami ketika mula sampai di sana. Namun dia seorang sahaja yang dapat menyambung course Dakwah. Manakala 11 orang kami yang wanita menyambung kos Usuluddin 'Tafsir & Ulum Al-Quran. Ini kerana kos Dakwah tidak dibuka kepada wanita luar Mesir. Apa-apa pun 12 orang kami selesai menghabiskan pengajian dan majoriti sekarang sudah bekerja dan berkeluarga. Di samping seorang sahabat yang menyiapkan tesis untuk MA. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu diri ini menghadapi kemelut dugaan di bumi Musa Firaun itu. Tahniah juga buat mereka yang berjaya mengharungi badai cabaran di sana dengan tabah.Posted by EVA SALSABILA at 5:52 PTG 1 comments
Labels: Never 4get our memories
Isnin, 22 Disember 2008
Cuti-cuti Malaysia 2008
Posted by EVA SALSABILA at 11:00 PTG 2 comments
Labels: Abah, mak dan adik
Ahad, 21 Disember 2008
Egypt dalam ingatan
Posted by EVA SALSABILA at 11:53 PTG 0 comments
Labels: Makan daging unta sampai demam
Jumaat, 19 Disember 2008
Ada apa pada sebuah kebanggaan???
Posted by EVA SALSABILA at 2:16 PG 0 comments
Labels: Kedudukan dan harta menyebabkan Firaun durhaka dan ditelan bumi
Selasa, 16 Disember 2008
Bersatu...bekerjasama...kemaafan
Posted by EVA SALSABILA at 6:36 PTG 2 comments
Labels: Team netball version ragbi 2 vs 2 serta muslimin sebagai pengurus perlawanan bersama pensyarah KOK.
Sabtu, 13 Disember 2008
Setangkai Gandum & Sebutir Bom
Posted by EVA SALSABILA at 1:20 PTG 5 comments
Labels: Bersatu teguh bercerai runtuh...
Ahad, 7 Disember 2008
Pengorbanan + Ikhlas
Posted by EVA SALSABILA at 6:33 PTG 2 comments
Labels: SeLAMAt aIdIL aDHA
Sabtu, 6 Disember 2008
Allah itu Esa...
- Katakanlah (wahai Muhammad):"(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa."
- Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat."
- Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diberanakkan."
- Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya."
Posted by EVA SALSABILA at 11:31 PTG 0 comments
Labels: Hidayah itu milik Allah, kita hanya mampu mencarinya.
Selasa, 2 Disember 2008
Doa sebuah cinta
Posted by EVA SALSABILA at 10:16 PTG 0 comments
Labels: Jodohku ketentuanmu Ya Rabbi...
Isnin, 1 Disember 2008
Mua'lim
Hari ini kelas padat betul.Pukul 9.20 malam baru dapat lihat bilik semula setelah ditinggalkan pagi tadi.Namun perasaan agak tenang kerana semua assignment sudah siap.Minggu ketiga ini walaupun jadual kelasnya padat namun tidak dipertanggungjawabkan kerja kursus dan pembentangan.Jika ada cuma pembentangan kecil sekadar pemahaman bagi sesuatu tajuk baru yang dipelajari.Dalam keletihan mencari kelas,mengejar waktu untuk solat serta makan terdapat hikmah buat bakal-bakal guru yang bakal graduate tahun depan.Pembentukan kendiri bakal-bakal guru ini agar kental dan tabah menghadapi mehnah mendatang.Disamping,persiapan minda dan emosi mendepani keadaan murid-murid juga situasi semasa.
InsyAllah,aku dan sahabat-sahabatku bakal menjadi guru yang berpekerti mulia,berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara......
Syukran ya Allah kerana memberiku peluang meneroka alam pendidikan ini justeru memegang jawatan yang pernah disandang Rasulullah s.a.w sebagai mua'lim...
Posted by EVA SALSABILA at 11:38 PTG 0 comments
Ahad, 30 November 2008
Ayuh bangkit...wahai wanita!!!
Posted by EVA SALSABILA at 4:27 PTG 0 comments
Rabu, 26 November 2008
Tanggungjawab.....
Tidurku terganggu jam 10 malam tadi dengan deringan telepon bimbit berlagukan nyanyian kumpulan in-team.Nombor yang tidak kukenali tertera.Setelah diangkat rupanya Adib anak didikku tahun lepas empunya pemanggil.Setahun sudah khabarnya tidak kudengari.Semasa pengumuman keputusan UPSR lepas aku terfikir juga tentang keputusan yang mereka perolehi. Rupanya secebis persoalanku berbalas malam ini. Adib memperolehi 4A1B dan daniel, adik angkatnya memperolehi 3A 1B. Tahniahku kuucapkan pada mereka. Tidak sia-sia keluarga angkat mereka berkorban mengeluarkan perbelanjaan persekolahan,tuisyen dan sebagainya.
Jika disoroti latar belakang mereka menyedihkan. Adib tidak mengenali keluarga kandungnya sedari kecil. Daniel pula mempunyai ramai saudara menyebabkan dia dijaga 'mama nyah' sebelum tinggal denagan mami sekarang. Bagi mereka berdua keluarga mami lah keluarga kandung mereka walau ada ketidakpuasan terhadap perilaku abang angkat yang diceritakan padaku.
Melalui daniel aku tahu kebobrokan anak watan yang menukar jantina dan hidup berkeluarga dengan suami sama jantina. Daniel juga pernah melihat kedua-dua suami isteri itu lali mencucuk dadah serta perbuatan sumbang yang tidak tergamak kuceritakan. Rakan-rakan mama palsunya itu di kalangan 'nyah' dan 'tomboy'.
Melalui Adib kutahu zina berleluasa di kalangan remaja yang diberi manja ibu bapa hinggakan adegan-adegan tidak sepatutnya dirakam menggunakan telefon bimbit dan mudah ditonton kanak-kanak tanpa sekatan.
Melalui mereka kutahu sebagai seorang berpendidikan agama aku ada tanggungjawab yang tergalas untuk memberitahu dan menarik mereka-mereka yang tersesat di luar sana untuk kembali ke jalan Allah melalui Al-Quran serta hadis khazanah tinggalan Rasulullah.
Posted by EVA SALSABILA at 1:37 PG 0 comments
Sabtu, 22 November 2008
Memberi pada yang memerlukan

Teringat memori aku sebagai pelajar di jami'ah Al-Azhar Iskandariah 4 tahun lepas.Dugaan yang ditimpa merupakan rahmat tidak terhingga.Tahun 1 di bumi Musa aku diuji Allah dengan masalah kehabisan wang yang dibekali abah untuk pengajian di sana.Sebagai anak,aku boleh meminta tetapi kasihankan mak abah yang mempunyai pendapatan yang dikongsi 6orang anak yang masih bergelar pelajar.Selama 2bulan aku berhutang duit sewa dan duit makan bulanan.Malu juga pada rakan serumah namun apakan dayaku.Pernah terlintas hendak buat buat part time job tapi status aku sebagai wanita dan keadaan di sana tidak mengizinkan.Aku berpuasa hampir sebulan lebih untuk menjimatkan wang yang hanya tinggal 7genih (RM12)sebagai tambang van untuk ke dewan peperiksaan fasa 2.
Masa itu,aku memendam rasa,tiada sahabat yang tahu( melainkan housemate)dengan alasan tidak mahu menyusahkan mereka.Cuma kertas tempat kuluahkan perasaan.Namun kehidupan tetap kujalani seperti biasa.Hairannya,adalah aku lebih tenang melaluinya berbanding ketika di kolej dahulu.Pemberiaan Allah di bumi nabi-Nya adalah cinta-Nya semakin dekat.Motivasiku adalah susahku tidak sesusah Nabi dan Rasul serta para sahabat terdahulu.Juga melalui kisah senior bahawa terdapat student yang hanya makan i'sh bil bit(roti arab berinti telur rebus).Disamping femomena bawah imarahku(bangunan)yang kutonton tiap hari melihat bawab(orang gaji),budak penjual i'sh serta orang-orang susah yang lebih susah dariku membuatkan kusemangat menjalani ujian itu.
Aku pernah memiliki hanya 0.25qurush (RM0.50)dalam poket untuk ke markaz menghadiri usrah bulanan.Duit itu hanya untuk tambang pergi sahaja.Aku tawakal jika ada rezeki maka aku dapat pulang dengan van.Namun jika tiada rezeki aku akan berjalan ke rumah sewaku yang terletak di As-sofirah kira-kira 30minit berjalan.Dengan izin-Nya mak usrah memulangkan kembali duit 1 kitab usrah yang tidak dapat mereka beli kerana tiada di pasaran.
Kelemahan manusia adalah akan dekat dengan tuhannya tika bermasalah.Aku meminta hanya pada-Nya siang malam.Tiada tempat lain selainnya.Aku juga memohon agar duit zakat negeri dicepatkan kerana melalui senior kutahu zakat Kedah dapat lambat.
Atas pertolongan-Nya,aku dapat zakat $100 bersama RM40 yang diberi oleh abang sepupu sahabatku ketika dia membawa rombongan umrah melawat Iskandariah.Syukur tidak terhingga.Umpama seorang anak mendapat kembali ibunya,aku rasa pemberian itu amat bermakna.Jelas Allah memakbulkan doaku.Aku berdoa pada yang memberi agar dibalasi kebaikan dunia ahirat.Disamping itu bulan Ogos sahabat-sahabat di Kaherah memberitahu bahawa zakat pada tahun itu boleh diambil dalam bulan tersebut.Sekali lagi aku tahu Allah tidak akan membiarkan aku.Ujian-Nya adalah untuk memantapkan imanku kerana aku pergi ke sana adalah kerana cinta-Nya.
Kisah ini bukannya menunjukkan aku hebat mengharungi ujian Allah.Na'uzubillah.Namun,hendak kukongsi ialah rahmat-Nya yang diberi melalui dugaan.Cinta-Nya tidak dapat dimiliki tanpa mengharungi sejuta pengorbanan.Kasih sayang melimpah ruah pada hamba yang senantiasa diduga.Rindu pada-Nya mengalir indah.Allah juga hendak memberitahuku bahawa memberi pada yang memerlukan amatlah bermakna.Diterima dengan syukur dan doa pada yang memberi.Oleh itu aku berharap dapat menjadi pemberi kepada yang memerlukan namun dengan cara tangan kanan yang memberi tanpa diketahui tangan kiri(antara golongan dapat masuk syurga)-Hadis-
Posted by EVA SALSABILA at 10:56 PTG 1 comments
Khamis, 20 November 2008
Ukhuwah yang terbina

Seminggu bergelumang di medan kuliah membuatkan diri agak kelelahan dengan menadah telinga belajar satu subjek 2jam.Di samping kerja kursus juga pembentangan hampir setiap hari.Ditambah exercise memanjat tangga hingga ke tingkat tiga asrama baru IPDA.Membuatkan badan enak di massage tilam yang baru ditanggal plastik.Itulah rutin seorang pelajar.Bukannya tidak biasa dengan title dan situasi itu namun kini agak berlainan kerana title itu berkongsi masa dengan tanggungjawab sebagai guru.Satu pembaharuan yang agak memenatkan namun menatijahkan ilmu dan pengalaman yang amat tinggi nilaiannya.Pertemuan dengan para pensyarah yang pertama kali mengajar kelas Bahasa Arab 3 dan rakan-rakan seinstitut menambahkan kenalan dalam senarai ukhuwah.Itu juga merupakan pahala jika berlandaskan cinta Allah.Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.Sebagai manusia yang lemah sukar bagi kita memenuhi hasrat hati setiap insan sekeliling.Adakala kita rasa sudah melakukan yang terbaik namun masih ada yang terguris hati.Keadaan ini membuatkan jiwa gelisah kerana keretakan sebuah ukhuwah.Hanya Allah mampu menghubungkannya kembali.Jadi kepada-Nyalah doa dipanjat untuk kelangsungan perhubungan.Sukar membaca hati dan perasaan tiap orang.Masing-masing dilahirkan dan terbentuk dengan sikap dan sifat berbeza.Maka,cara bicara dan pendekatan juga perlu berbeza.Emosi diri perlu dikawal tidak kira sebesar mana masalah dan tekanan yang dihadapi,pinggirkan ia untuk sebuah perhubungan.Disenangi Allah dan makhluknya.Biarlah menjadi manfaat kepada semua orang.
Posted by EVA SALSABILA at 11:28 PTG 1 comments
Labels: maafkan salahku duhai sahabat
Sabtu, 8 November 2008
ALLAH HU RABBI
Jiwa yang kacau adalah jiwa tanpa zikrullah
Hati yang kacau adalah hati yang kosong tanpa cinta Allah
Minda yang kacau adalah minda yang lupakan Allah
Hidup yang kacau adalah hidup yang lari dari landasan digariskan oleh Allah
Tidak mahu dikacau maka
Letakkan cinta-Nya di atas cinta yang paling atas
Basahkan lidah memuji keagungan-Nya
Pahatkan nama-Nya di dinding jiwa
Setkan minda mengingati-Nya
InsyAllah segala kekusutan terlerai
Jiwa tenang bahagia
Minda berfikir logistik
Emosi terkawal sedar
Posted by EVA SALSABILA at 1:49 PG 1 comments












