? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Ahad, 10 Januari 2010

Rukun Iman & Rukun Negara


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"Siapa tahu Rukun Iman ada berapa?" wajah-wajah mulus di depan kupandang.

"Enam," satu suara dalam keriuhan menjawab dengan betul.

"Sekarang cuba sebut satu persatu," masing-masing memandang sesama sendiri sambil berfikir.

"Percaya kepada tuhan," sambil jari telunjuk kuangkat tanda pertama mengiyakan.

"Percaya kepada Raja dan negara," kelas terdiam kerana aku mengerutkan dahi. Hati sudah digeletek gelihati memekarkan senyuman di bibir.

"Patriotik sungguh anak-anak muridku ini," suara hati berbicara.

Tidak dinamakan kehidupan tanpa kesalahan.
Tidak dinamakan teguran tanpa gaya bahasa yang betul.

"Itu Rukun Negara, Rukun Iman yang kedua adalah beriman kepada?" pertanyaan kusambung.

Jika sebelum ini mereka biasa dengan perkataan percaya. Namun ia ditukar kepada beriman untuk membezakan antara dua rukun itu. Sesudah itu dengan lancar ke semua rukun itu disebut mengikut turutan.

Adakala kerana satu perkataan dua individu bakal berantakan. Masyarakat bakal berpecah-belah. Negara bakal punah-ranah. Mungkin kerana salah sangka atau kesilapan yang tidak sengaja. Oleh itu berhati-hatilah menutur kata agar ukhuwah sentiasa terpelihara.

'Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata pohonlah kemaafan agar dosa terampun sebelum diusung ke kubur'

Keletah anak-anak tulus ini sebenarnya adalah salah satu cabang membuatkan aku ceria. Walau hakikatnya aku adalah guru mereka. Mereka juga adalah guru buatku kerana mengajarku tentang kehidupan dari kaca mata seorang kanak-kanak. Memberi pengalaman berharga untuk diterapkan dalam kehidupan kelak. Juga gambaran dari ruang yang kecil ( kanak-kanak )untuk diadaptasi ke dalam ruang yang lebih besar ( dewasa ).

Percayalah bahawa semua yang ditentukan oleh Allah bukanlah sia-sia.

4 comments:

Cucu Laut berkata...

salam ukhuwah..

Aq seronok baca hasil tulisan kamu…sesuatu yg baik seharusnya dikongsi bersama…

Berilah ilmu agar orang menjadi pandai…sejahterakanlah kehidupan masyarakat yang miskin…ajarilah kesusilaan pada orang yang tidak punya malu…serta berilah perlindungan pada orang yang menderita…InsyaAllah, kebahagiaan akan datang menjelma! :-)

eva berkata...

Terima kasih kerana sudi singgah membaca coretan insan kerdil ini..

terima kasih juga atas titipan doa..semoga kebahagiaan dunia dan akhirat menanti..insyallah..amin :)

Naim berkata...

ya,
kerana istilah itu sudah jadi keliru mereka. Harapnya ustazah pun jelaskan semula percaya dan beriman itu perkara sama cuba berbeza dari kaedah bahasa. -:)(ini cadangan sahaja - ilmu pedagogi ustazah lebih arif daripada saya.)

@naimisa

eva berkata...

Terima kasih atas cadangan saudara Naim. Semasa berlaku kekeliruan itu baru saya terfikir perlunya menerangkan antara dua istilah tersebut sejak mula lagi pelajaran akidah ini pada tahun 1. Masih belum terlambat sebenarnya untuk memberi penjelasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...