? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 2 Mac 2009

Cinta di rumah Hassan al-Banna

Jumaat lepas aku mencuri masa yang agak sempit kini untuk menghabiskan bacaan sebuah buku nipis yang kubeli beberapa minggu lepas di toko buku MPH.
Walaupun nipis tetapi mempunyai makna yang begitu mendalam.
Ia sebuah tulisan santai adaptasi daripada wawancara dengan anak-anak as-syahid Hassan al-Banna.

Ia mengupas cinta yang dibina as-syahid bermula dalam keluarganya sepertimana contoh yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w.
Bermula dari tarbiah kepada anak-anak beliau sejak dari kecil.
Tarbiah berlandaskan al-Quran sunnah.
Tarbiah yang tidak menggunakan kekerasan, jerit tempik, rotan dan penderaan.
Jika ada, hanya sebagai hukuman ringan mendidik psikologi anak-anak yang baru membesar itu agar tidak melakukannya lagi di masa depan.

Kesibukannya sebagai aktivis masyarakat tidak membataskan beliau agar tetap dapat makan bersama keluarganya malah dapat meluangkan masa bercuti ketika cuti persekolahan.
Sikapnya itu membuatkan anak-anak beliau bersyukur berayahkan as-syahid kerana setiap keperluan mereka tidak pernah diabaikan.

Itulah as-syahid Hassan al-Banna yang tidak sahaja berjasa di awal penubuhan Ikhwan Muslimin sehingga dapat mentarbiah ramai kader-kader yang berjiwa hebat dan kental berlandaskan cinta Rabbul Izzati.

Sekolahku gempar dengan kedatangan seorang murid perempuan baru dari Johor.
Murid tahun empat tersebut dapat mencetuskan kontroversi hanya dalam masa sebulan dia di sekolah itu.
Glamour bukan kerana genius tetapi kerana kenyataannya bersama murid lelaki di sekolah.
Kenyataan palsunya menaikkan amarah murid-murid tersebut.
Malah seluruh warga sekolah dan ibu bapa.
Setelah dicungkil sejarah rupanya dia pernah didera ibu saudara.
Anak itu kematian ibu dan ditinggalkan ayah yang berkahwin lain.
Ayahnya mengakui bahawa dia tidak begitu mengenali anak sendiri melalui perjumpaan bersama guru kelas.

Siapa yang harus dipersalahkan???

Mungkin tidak sesuai waktu sekarang mempertikaikan siapa yang bersalah.

Masa belum terlambat untuk merubah keadaan.

Namun setiap yang baik perlu diteladani.
Setiap yang buruk wajib dihindari agar tidak berulang kembali menambahkan palitan dosa di dinding dunia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...