? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 3 Mac 2009

Siapakah mangsa?

"Dasar anak tidak mengenang budi...." antara dialog yang sering dilafazkan oleh ibu-bapa terhadap anak-anak mereka yang derhaka.
Bukan derhaka yang ingin dibicarakan. Namun 'dasar' yang dipertikaikan. Dasar yang baik tapi pelaksanaan yang lemah. Ujar seorang guru yang mempertikaikannya. Pertikaian yang diluahkan oleh guru maka sudah semestinya dasar pendidikan.

Terlalu panjang lebar mahu membicarakan dasar-dasar itu. Diri ini pun tidak ingin mengulasnya kerana masih setahun jagung bergelumang dalamnya. Cuma masa yang singkat ini adakala tetap mengundang pertikaian yang menuntut keadilan khasnya buat jiwa -jiwa yang dahagakan ilmu.

Bila difikir semula rasanya pembelajaran sistem pondok lagi baik. Tanpa dasar yang menuntut masa tertentu untuk menilai kelebihan dan kekurangan pelaksanaannya. Masa pengujian yang sudah semestinya mengabaikan sesetengah pihak. Sekaligus merugikan masa, tenaga, wang dan manusia.

Apa gunanya komunikasi dua hala jika hanya sehala yang mengerti. Penyampaian yang disampaikan guru hanya menjadi laluan gegendang telinga. Bercakaplah si guru seperti bertih goreng sedangkan murid melopong seperti faham tetapi fikiran melayang merentasi kedudukan.
Itu tidak termasuk bebanan data dan fail sebagai bukti penilaian sehingga mengabaikan matlamat pengajaran dan pembelajaran. Tidak termasuk lagi tarbiah yang sememangnya akan diabaikan akibat ruang masa terhad.
Walaupun hati ini kekadang memberontak dengan dasar yang tertulis atas kertas sebagai bukti himpunan jasa si pencetus. Diri tidak tergamak hendak mengabaikan diri-diri yang tidak berdosa. Sebagai pekerja dasar itu perlu dilaksanakan. Namun tidak salahkan jika melanggarnya sekali sekala hanya untuk menyebarkan cahaya ilmu kepada seluruh anak didik kerana ia dibina oleh manusia bukannya dari kalam Allah.
Paling penting adalah menutup amal yang baik itu serapat-serapatnya dengan pintu keikhlasan.
Jika berbicara dengan penggubal dasar maka akan berkata betapa susahnya mereka membina dasar itu dan orang lain hanya mampu mengkritik.
Pelaksana dasar akan berhujah bahawa mereka sebagai pelaksana lebih mengerti akan pincangnya dasar itu sedangkan penggubal pun tidak mampu melaksanakannya jika berada di tempat pelaksana.
Masing-masing menolak tarik hujah maka mangsanya adalah anak-anak seputih kain yang mengharapkan ilmu bagi mewarnakan kehidupan di dunia dan akhirat.....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...