? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 5 Mac 2009

Asssalamualaikum CINTA...

"Aku ingin beralih cintalah," bicara lembut Saufi di satu petang yang santai.

"Beralih cinta, biar betul engkau Pi? tanya Amar terkejut sehingga mata membulat sebesar bola pingpong barangkali.

Saufi senyum. Kebingungan Amar berlarutan apabila melihat senyum manis sahabat berkulit sawo matangnya itu.

"Beralih kepada cinta Allah," terus terang Saufi menjelaskan kedudukan kerana kasihankan sahabat setianya itu masih trauma kebingungan.

"Selama ini kau tidak cintakan Allah?" tanya Amar ala-ala mulut tiada insuran.

"Ada Mar tapi mungkin terlalu kecil sehingga kadang-kadang tidak nampak bayangnya dalam hidupku," luah akauntan awal 30-an raut melayu zaman filem 60-an itu dengan nada kesal yang amat dalam.


Amar merenung sahabat sejak di bangku sekolah menengah itu dengan pandangan gembira, sebak bercampur kasihan. Perasaan yang bercampur itu wujud kerana Saufi yang dikenalinya selama ini mendapat gelaran 'playboy' tanpa mendapat tentangan daripada mana-mana lelaki dalam lingkungan kehidupan mereka. Wajahnya persis hero zaman melayu dahulu kala yang mulus dan tulus memudahkan dia mengait mana-mana anak dara dan janda. Namun, setakat yang diketahui Amar sahabat buaya daratnya itu tetap memegang prinsip 'pegang-pegang raba-raba okey.... zina-zina no way.' Mungkin prinsip itu dipegangi Saufi. Telahan Amar memandangkan anak bekas tentera itu jarang benar keluar malam. Jika ada pun mereka akan bersama untuk makan dan minum sambil menyaksikan perlawanan bola sepak dunia hingga ke awal pagi.


Saufi merenung sayu ke depan mengimbas kenangan yang diciptanya dengan cinta yang tiada berpaut di dahan iman. Dia kesal dengan ragam membuta tulinya mengikut nafsu muda mengejar keseronokan dunia. Dia hampir tewas dengan sikapnya itu. Malah hampir kecundang akibat pujuk rayu wanita yang tidak membentengi diri dengan hijab juga maruah diri dengan iman. Orang mengantuk disorongkan bantal. Mujurlah dia sempat terjaga dari mengantuk itu justeru menolak bantal itu dengan lembut. Sejak dari itu dia benar-benar celik dari sebuah mimpi cinta palsu.


"Mar, aku bercadang hendak membina masjid," suara Saufi memupuk kesunyian senja yang bakal menganti tirai petang.

"Banyaknya duit engkau Pi, setahu aku gaji engkau sama saja dengan gaji aku," sekali lagi Amar terkejut membuntangkan matanya yang sememangnya besar macam mata Uji Rashid.

"Aku hendak berkahwin maksudnya Mar agar diri ini terpelihara dari segala maksiat dan dosa yang sentiasa menggoda," sekali lagi Saufi menjelaskan kedudukan agar sahabat pendengar masalahnya itu tidak salah sangka.

"Begitu rupanya, mana satu yang engkau pilih Pi, janda ke duda?" tanya Amar sambil seloroh memancing respon sahabat yang kematian ibu sejak kecil itu.

"Gadis pilihan ayah, anak kepada seorang jemaah tetap masjid di kampung," terang Saufi sambil senyum menghiasi bibir.

"Baguslah Pi, tentu baik gadis pilihan ayah kau itu, sebagai sahabat aku sentiasa doakan kau bahagia dengan cinta baru kau itu," ucap Amar sambil menepuk bahu Saufi.

"InsyAllah cinta Allah taala yang akan membimbing aku, dia dan bakal anak-anakku menuju syurga," harapan Saufi mekar menghiasi kamar impian masa depannya sambil hatinya berbisik bayu melafazkan salam buat cinta yang baru berputik.

"Assalamualaikum cinta Allah taala yang mengkhusyukkan aku dalam rukuk dan sujud akan kebesaran-Mu."

Azan Maghrib berkumandang di corong speaker masjid An-Nur yang terletak 10 meter dari perumahan Arked menyeru hamba pulang segera dari kesibukan dunia menuju hanya pada satu cinta iaitu cinta Ilahi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...