"Iqra' hazal hiwar ya Afif Qushairy," arahku kepada seorang murid lelaki tahun 5 Ibnu Sina yang tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.
Dia tersentak dengan arahan tersebut. Aku juga tersentak setiap kali menyebut namanya kerana teringatkan makanan kegemaran ketika berada di tanah Mesir.
"Akak nak pergi ke Falah kejap, lapar kushairi la," kataku untuk memancing teman serumah selaku junior-juniorku untuk menemaniku ke restoran yang terletak hanya beberapa minit perjalanan dari rumah sewa kami.
"Ok akak, jalan baik-baik ye, hampir Maghrib ni," pesan mereka justeru memberi isyarat bahawa aku terpaksa jalan seorang diri menuju ke satu-satunya restoran yang menjual kushairi paling sedap di Iskandariah dan Kaherah.
"InsyAllah," sahutku pendek sedikit terkilan dengan sikap ahli bait namun kerana kushairi kakiku laju menapak menuju ke destinasi yang diingini.
Begitulah ceritaku dengan makanan rakyat mesir itu yang dicampur dengan makaroni ( makarona ), dal hitam, kacang kuda, spaghetti dan sos. Namun kegemaranku adalah kushairi bil kibdah yang dicampur dengan hati lembu yang digoreng berasingan. Satu mangkuk kushairi yang berharga LE 3.OO itu cukup mengenyangkan sehari seperti makan nasi bersama lauk pauk.
Istimewanya kushairi restoran Falah adalah kerana sosnya, hati lembunya dan bahan sampingan yang diberi terdiri daripada air cili dan minyak bawang. Bila dicampur dan digaul kesemua bahan maka kushairi yang panas itu menaikkan bau dan membuka selera yang sememangnya sedang bergelonjak lapar.
Tegur seorang sahabatku, "Akak suka betul makan kushairi, saya tak suka makan benda itu.
Biar apa pun orang nak kata yang penting ia tetap kegemaranku memandangkan harganya pun berpatutan berbanding firoh mashwi (ayam panggang ala mesir) yang menjadi kegemaran orang Malaysia yang belajar di sana. Bagi kushairi tanpa hati lembu harganya cuma LE1.50 sahaja. Memang berbaloi bagi pelajar Malaysia yang tidak banyak wang sepertiku. Jika diikutkan ish bil bid (roti campur telur rebus) lagi murah hanya sekadar 0.50 qirsh sahaja tapi perut ini tidak berapa kenyang memakannya.
Kesempitan dalam masa tertentu di sana kadang-kadang adalah rahmat Allah untuk memberi peringatan padaku agar mengingati hamba-Nya yang jauh lebih susah. Aku sering berfikir ketika kesempitan kumasih punya wang untuk membeli ish yang berharga LE1.20 untuk dijamah bersama sos cili yang dibawa dari Malaysia. Punya rakan serumah untuk membeli makanan dan membayar duit sewa rumah. Malah ada yang sanggup menghulurkan bantuan tanpa dipinta. Besar sungguh rahmat Allah kepada penuntut ilmu. Diberi ilmu hidup ketika menuntut ilmu akademik untuk berfikir dan menilai tentang kebesaran dan norma hidup.
Kasihan pada mereka yang tidur di jalanan yang membungkus badan dengan lihaf ( selimut tebal) di musim sejuk. Sedih melihat anak-anak kecil yang comot meminta sedekah buat membeli makanan. Itu juga adalah ilmu buat mereka barangkali agar menerimanya dengan sabar sekaligus menggandakan pahala dari mereka-mereka yang senantiasa kenyang perut.

0 comments:
Catat Ulasan