? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sabtu, 4 April 2009

Faham ke tak???

Menarik juga perbincangan program 'apa ke hey' (apa ke halnya?) di tv9 pagi tadi.

Walaupun sempat mendengar beberapa minit sahaja kerana hendak ke kedai potostat untuk menyelesaikan bahan-bahan yang perlu dimasukkan dalam portfolio praktikum.

Tajuk perbincangan tidak kutahu namun antara perbualan mereka adalah tentang disiplinnya pemandu-pemandu di Indonesia setelah mereka melihat sendiri keadaan jalanraya di sana di mana akan memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari hadapan.

Berbeza dengan para pemandu Malaysia yang susah bertolak ansur.

Keadaan di Indonesia sama seperti di Mesir di mana jalanraya yang sesak dengan kenderaan tetapi kurang berlaku kemalangan yang mengakibatkan kematian.

Sepanjang di Mesir cuma satu dua tempat sahaja kutemui lampu isyarat.
Namun pak-pak arab itu mampu menanganinya sehingga selamat sampai ke destinasi.

Salah satu caranya adalah penggunaan hon yang membingitkan telingaku seawal tiba di sana.
Mungkin ia sesuai digunakan di sana kerana kebisingan sememangnya kebiasaan bagi arab.

Hon adalah cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain dengan meminta dan memberi laluan juga perhatian agar individu dan kenderaan lain mengelak dari terjadinya pertembungan.

Pertama kali menaiki teksi di sana aku mengucap sepanjang perjalanan kerana jalanraya sempit dan sesak dengan pelbagai kenderaan seolah-olah akan berlanggar antara satu sama lain. Namun kecekapan pemandunya berselisih, menyusup dan mencelah dan yang paling penting adalah budi bahasa setiap pemandu dengan memberi laluan kepada kenderaan lain tanpa rungutan.

Sejak itu aku takjub sedikit dengan perangai arab yang diketahui kasar dan bengis.

Begitulah keadaannya di Indonesia seperti diberitahu Shamsul ghau ghau bahawa laluan yang diberi seolah-olah sudah diatur sebegitu keadaannya.

Pengalamanku sebagai pemandu kadangkala menggugat kesabaran apabila ada antara pemandu yang sukar bertolak ansur.

Jika dipagi hari masing-masing laju seperti berada dalam perlumbaan bertaraf dunia.
Berbaik sangka akan kemungkinan terlepas punch card dari jam sepatutnya.
Itu cerita kereta atau motosikal.

Namun lain pula cerita lori yang memang menjadikan laluan Sidam dan Padang Serai untuk ke Kulim dan negeri jiran sebelah.
Kelajuan sesetengah kenderaan besar dan panjang itu menggegarkan kawasan berdekatan.
Baik sangka lagi mungkin barang yang dibawa itu perlu sampai tepat pada masanya.

Walaupun mengejar masa dan waktu, keselamatan orang lain perlu menjadi keutamaan kerana nyawa anugerah Yang Esa begitu bernilai terutama buat insan-insan tersayang.

###Pesanan dari pencinta keamanan dan keselamatan###

*****
Berpesan kepada manusia...manusia akan faham kerana manusia punya akal dan perasaan walaupun ada yang akan buat-buat tidak faham.....jika tidak faham juga biarlah kita yang mengalah ( bukan dapat award anugerah pemandu paling laju pun )

Berpesan kepada lembu...lembu takkan faham kerana ia lembu maka otaknya adalah otak lembu ( banyak lembu sepanjang perjalananku ke sekolah yang kerapkali melintas dengan cowwalknya )....maka caranya adalah tetap kita yang kena faham dengan memperlahankan kereta ketika nampak makhluk itu dari jauh.

Seperti pertanyaan kepada anak muridku, "fahimtum (faham semua)."

"Tak faham...ustazah kata apa?"

Haha....susah betul nak memahamkan manusia sebab aku sendiri pun banyak tak faham tentang kehendak sebenar kurikulum j-QAF.

Semoga kita semua dianugerahkan kefahaman tentang islam iaitu agama benar dari segala agama di dunia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...