? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sabtu, 4 April 2009

Biasa vs luar biasa

Aku suka berjalan.

Berjalan melihat manusia, kehidupan dan alam.

Berjalan membantu aku meneroka sesuatu yang tidak dapat kuperhati ketika memandu.

Berjalan juga adalah usaha kecilku meningkatkan gerakan jantung, memperelokkan perjalanan darah dan memecahkan lemak yang tidak sepatutnya.

Aku suka berjalan sambil memerhati dan berfikir.

Hari ini aku berjalan kerana rutin awal bulan adalah berjalan ke Bank Islam dan Celcom center untuk membayar ansuran kereta dan bil akaun broadband.

Perjalanan yang mengambil beberapa belas minit dari rumah.

Namun perjalanan hari ini berbeza dari bulan-bulan lepas dari segi pemandangan, manusia dan ragam.

Pemandangan hari ini dicorakkan kibaran bendera dan poster pelbagai warna.

Suasana hari ini lebih meriah dengan pesta citrarasa Malaysia di tapak bazar Ramadan.

Juga keriuhan suara DJ di medan selera Tesco dan padang Sekolah Kebangsaan Taman Ria.

Keriuhan dengan kunjungan warga seluruh Malaysia sehingga dari Putrajaya juga sudi datang.


Disamping itu pemandangan biasa tetap ditangkap retina.

Pakcik berkopiah duduk bersama resit dan tong mengutip derma memperbaiki dan memperbesarkan masjid Ar-Rahman di laman Maybank.

Dua pemuda bersama meja, resit dan kad yang tertulis derma wakaf di tepi Bank Islam.

Seorang makcik bersandar di tepi tiang hotel az-Zahraa yang masih dalam pembinaan menjual bam juga untuk mengutip derma.


Keadaan yang biasa itu tetap berjalan seperti biasa.

Keadaan sementara yang luar biasa itu bakal mengubah segalanya samada pengubahan dari segi individu sahaja atau kelompok atau komuniti atau negara.

Sama-samalah berdoa agar keadaan yang biasa dan luar biasa itu bakal memayungi kita bawah rahmat Allah swt.
*****

Aku suka menjadi manusia luar biasa kerana ia akan menaikkan motivasiku untuk berusaha dari kebiasaan.

Pentingnya luar biasa itu tetap pada landasan syarak.

Bukannya mencapai matlamat dengan meghalalkan segala cara kerana jika terlepas dari seksa dunia seksaan akhirat tetap menanti.

5 comments:

Naim berkata...

meriah orang2 yang mengutip derma seperti itu,
kadang2 sangsi juga, apakah itu benar2 kutipan derma yg akan disalurkan ke tempat2 yg dinyatakan itu?
ya, matlamat tidak menghalalkan cara...

amet berkata...

ustazah kita ni bukan saja pandai nyanyi,pandai menulis dan luarbiasa..hehe.saya plak suka baca tapi tak suka tulis,tak pandai nyanyi dan tidak luarbiasa,adehh..pening dok pulun karang jurnal,polio tak lengkap lagi,moga berjaya la harungi lagi 2 mggu praktikum ni..

p/s:jangan naik pentas ceramah plak.hehe.naik pentas nyanyi lagi haru.jangan marah aaa

eva berkata...

2 NAIM

mmg pun dalam kesangsian...
cuma saya andaikan bahawa negara kita sekarang ada 2 gologan iaitu
1. golongan pertama-yg sentiasa mengejar pangkat,harta dan nama walau menggadai agama (tak semua)

2. golongan kedua-tetap hidup dalam keadaan biasa yg sentiasa menjaga batas agama (tak semua)

renung2kanlah...hehe.

eva berkata...

nau'zubillah ust...

low profile cam sy ni mana la nak tonjol diri lagu tue..haha

ni pon baru buat folio..tak big gi pon..boring tahap kura2 dah ni..so layan blog jap...

hidup terlalu indah jika kita merasakan kepahitan itu manis...kahkahkah

amet berkata...

saya dah merdeka hari ni,tahun depan tarikh 5/4 saya isytiharkan merdeka untuk diri saya ja.sbb observ last arini.rasa terlepas beban 2.5 tan.tapi tak dapat cemerlang pun,gemilang terbilang pun jadi la.alhamdulillah.

moral:biar x cemerlang di dunia,tapi cemerlang di akhirat..tapi kalau dua-dua cemerlang lagi hebat kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...