? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Ahad, 5 April 2009

Ada apa pada jie?

Jie adalah bahasa Mandarin yang membawa makna tujuh.
Kenapa tujuh?
Dahulu aku cukup berbangga dengan tujuh kerana:

Ada tujuh petala langit dan bumi

Ada tujuh lapisan tanah

Ada tujuh tingkatan syurga dan neraka

Ada tujuh benda ajaib dalam dunia ( pernah juga nak jadikan lapan termasuk penemuan patung di China...tak tahu sudah diwartakan atau tidak )

Kata orang ada tujuh manusia muka yang sama dalam dunia ( kalau begitu dah beberapa orang sama dengan aku...orang kata tapi tak sama pun aku tengok )

Sejak remaja aku masih bangga dengan tujuh kerana:
Nombor rumah aku ada tujuh
Nombor kad pengenalan aku ada tujuh


Kini aku lebih bangga dengan tujuh kerana:
Nombor kereta adik aku ada tujuh
Nombor telefon aku ada tujuh
Kucing di rumah aku ada tujuh ekor

Lebih membanggakan aku adalah
Seminggu ada tujuh hari
iaitu penghulunya merupakan Jumaat

7 - 3 + = 4

aku juga berbangga dengan empat kerana

7 / 4 jam 3.30 pagi hari Jumaat merupakan tarikh kelahiran seorang bayi perempuan yang kini sudah berusia hampir setengah dari usia Nabi Muhammad s.a.w

Sudah tua rupanya bayi itu sekarang.

Tua tidak bermaksud keaiban namun ia adalah kebanggaan kerana kematangan menjalani hidup.

Walaupun begitu adakah tua ini telah dapat kuhimpunkan banyak pahala?

Kadang-kadang cinta pada-Nya juga tergoyang kerana mengejar kesibukan dunia.

Betapa hinanya orang tua ini.


Tua mengajar kita erti kehidupan.
Tua mengingatkan kita pada kematian.
Tua menyedarkan kita dari membuat dosa
Tua adalah peringatan buat kita manusia yang sering leka.
Tua tetap datang tanpa dinanti
Tua tidak dapat dihalang kedatangannya.
Nantilah ia dalam peribadi mulia walaupun usia masih muda.

Aku tidak takut usia tua kerana semua yang bertemu melihat pasti berkata usiaku 25...haha seronoknya....bukan sahaja aku adik pun sama....bukan sahaja kami berdua mak pula dikatakan kakak kami berdua....

*******

Pertama kali aku membuat kenduri sempena ulangtahun kelahiran adalah di Iskandariah, Mesir.

Sebelum itu aku kehabisan wang untuk perbelanjaan harian lalu aku berniat untuk membuat kenduri kesyukuran menjamu rakan-rakan.
Setelah mendapat derma dari hamba Allah yang prihatin sebanyak $100 Rm40 aku menunaikan niat tersebut.

Oleh itu bertungkus lumuslah aku sejak pagi membeli barang dan memasak seorang diri ( housemate tak nolong pun...maybe dorang tingin makan masakan spesel aku kot...maklumlah selama ni masak yang simpel aje )

Menunya adalah nasi ayam bersama jus tembikai ( letih ngangkut tembikai besar naik atas )

Tapi seronok dapat menjamu rakan-rakan walaupun letih.

Sedap agaknya nasi ayam aku itu sebab balik Kaherah saja sahabat-sahabat suruh masak.

Sampaikan kena masak untuk kumpulan nasyid dari Mansoura yang bertandang ke Iskandariah untuk pertandingan nasyid antara furu' (cawangan).....tak sedap pun perasan pi la kan
Sannah helwi ya ghamilah ilaiya
Hepi besday to me
Selamat hari lahit buat diriku
Shi nin quai ler wo
( juga selamat anniversary buat mak abah yang sama tarikh kelahiranku )
******
Paling membanggakanku adalah tarikh pilihanraya bagi dua bukit dan sebatang juga dipilih jatuh pada 7/4 yang menambahkan sejarah 7 dalam hidupku.
*******
Jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia
#pesanan untukku agar jangan pulang lewat dari sekolah#

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

selamat hari lahir..moga panjang umur,murah rezeki,cpt jadi permaisuri sehari,bahagia dunia akhirat..amin

eva berkata...

Thanx...

amin...ya rabbal a'lamin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...