? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 2 April 2009

Antara lagu dan hobi

"Hobi...menyanyi," aku mengangkat muka memandang wajah empunya suara.
Kak Njang musyrifah rumah atas rupanya yang bersuara. Lantas aku tersenyum memandang wajah hitam manis itu. Senyuman malu sebenarnya. Jika dapat menyorok waktu itu mahu sahaja menyorok dalam peti besi selama 2 hari 2 malam. Malu sebab baru semalam aku memijak tanah Mesir. Malu sebab baru semalam aku kenal Kak Njang. Baru 1 malam tidur di bait Nidhaul Wafa' ( rumah sewa Kak Njang ). Namun dalam satu malam sahaja hobiku dapat dikesan oleh senior itu. Menahan malu itu borang keahlian MKKK ( Majlis Kebajikan anak-anak Kedah ) terus kuisi dengan butir-butir peribadi.

Sejak dari itu baru kusedar bahawa hobiku itu sering meniti di bibir ini dalam sedar dan tanpa sedar. Bila aku menyanyi? Di mana? Lagu apa yang kunyanyikan? Semua soalan itu bermain dalam ingatan memutar kembali adegan aku di rumah Kak Njang. Soalan itu tidak kutemui jawapannya. Jelasnya aku akan menyanyi dalam keadaan tidak sedar tidak kira tempat dan waktu.

Jika di rumah aku akan menyanyi walaupun mak, abah dan adik-adik ada bersama. Pedulikan merdu atau tidak. Pentingnya aku rasa puas jika dapat menyanyi.

Dulu aku suka menyanyi dalam bilik air dan dalam bilik tidur. Sekarang suka menyanyi dalam kereta berseorangan tambahan ketika mata kuyu menghadap jalanraya.

Aku suka menyanyi lagu pelbagai genre dan bahasa. Jika bahasa inggeris dapat juga kutahu maknanya. Semasa menengah dahulu sering juga kusalin lagu inggeris di radio dan terjemahkannya. Jika liriknya tidak membatalkan akidah akan kunyanyikan sehingga jemu didengar telinga. Disamping memantapkan bahasa inggerisku yang sememangnya tidak mantap.

Bahasa lain sudah kutolak tepi kerana tidak difahami makna liriknya.

Namun dalam pelbagai genre itu, nasyid adalah yang tidak pernah luntur. Mungkin kerana ia mengandungi pujian kepada tuhan, nabi dan mengajak kepada kebaikan. Ada setengahnya mengandungi zikir dan tasbih memang mengasyikkan jika dihayati. Lagu ketuhanan juga tidak kurang hebatnya.

Nyanyian adalah satu tuntutan fitran manusia yang mendambakan hiburan. Rasulullah sendiri membenarkan orang arab menyanyi dan menari ketika mereka menang pulang dari perang. Ia untuk meraikan kemenangan dan menghiburkan para tentera. Cuma hiburan itu perlu ada batasan agar fitnah dapat dielakkan. Fitnah dalaman iaitu perasaan riak dan takjub akan diri. Fitnah luaran iaitu pujian orang lain.

Gusar juga hati sekiranya hobi tanpa sedar ini didengari lelaki ajnabi.
Sukanya hati ini kerana ia membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana kanak-kanak sememangnya sukakan kepada pengajaran bercorak nyanyian. Mengikut refleksiku terhadap anak muriku adalah hampir 80% mengingati bahasa arab dengan nyanyian. Juga 100% yang dapat menghafal huruf hijaiyah menggunakan lagu. Sungguh ajaibnya kuasa nyanyian.

Kiranya berbaloi juga latihanku selama hidupku ini sekurangnya dapat menyumbangkan dana dengan memberi ilmu kepada kanak-kanak yang putih bersih dari sebarang noda agar baligh kelak dapat memelihara diri dari dosa.

Sesungguhnya yang baik itu akan menjadi haram jika tidak kena pada landasannya yang benar. Yang buruk akan menjadi baik jika menggunakan pada yang diredhoi Allah. Sebagai manusia berakal sebenarnya kita dapat menyaring antara baik dan jahat dengan bantuan Allah melalui kalam-Nya yang diturunkan kepada Muhammad dan as-sunnah melalui baginda juga.

*****

Observe mata pelajaran minor tanpa diberitahu selepas rehat tadi berlaku dalam suasana geli hati. Geli hati kerana langkah yang kuatur tidak sebaik hasil pembelajaran yang kurangka. Juga murid-muridku yang mengerumuni pensyarah mendengar komen pensyarah sambil ketawa (gelak apa tah? ntah faham atau tidak). Selain dari itu ok. Ada idea cuma perlu diatur dengan baik di masa hadapan (fuh ...lega)

Tinggal satu lagi observe bersama guru pembimbing pada minggu hadapan. Cuti 2 hari nampaknya ku kena siapkan fail portfolio dan rancangan pengajaran mengikut kurikulum j-QAF yang tersedia. Moga rezeki menyebelahiku nanti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...