Kita akan merasai perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan kita yang akan memulakan perjuangan ini. Akan tetapi, apabila kita memikirkan bahawa perjuangan ini bukan kita yang akan menamatkannya dan kita hanya salah satu dari mata rantai antara rantaian yang panjang. Maka kita akan terasa betapa luasnya perjuangan kita kerana keluarga kita bukan diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan dan akidah. Buat pejuang-pejuang yang telah gugur lalu dimuliakan oleh Allah dengan janjinya, berbahagialah mereka.
- SYED QUTB -
Ini hanya sekadar kata-kata namun ia lahir dari jiwa seorang pejuang yang mampu menaikkan semangat orang lain untuk terus berjuang menghadapi segala mehnah dan ujian yang mendatang selagi nyawa di kandung badan.
Perjuanganku untuk terus mendidik anak muridku agar celik Al-Quran, jawi, fardu ain. Malah, mampu menguasai bahasa arab walaupun kekadang berseorangan. Perjuanganku mendidik warga sekolah agar Islam bukan sekadar manis dibicarakan di tebing bibir. Namun, pokoknya adalah amal perbuatan sebagai lambang keyakinan dan ikutan generasi masa depan.
Perjuangan rakyat Palestin dan Hamas yang menentang pencerobohan zionis mempertahankan tanahair mereka dengan nyawa, darah dan airmata di mana natijahnya memperolehi kemenangan walau tidak disensasikan oleh media antarabangsa kerana dilindungi bayang berita perlantikan Barack Obama sebagai presiden kulit hitam pertama Amerika.
Juga perjuangan kita muslimin seluruh dunia membantu saudara kita di bumi kiblat pertama agar menemui cahaya keamanan dengan doa, harta dan boikot besar-besaran.
Semoga perjuangan kita ini disertakan keikhlasan kerana cinta Allah. Agar ia menjadi amalan di sisi Rabbul Izzah.
Memperolehi ganjaran pahala berganda. Menatijahkan mahligai di syurga nanti.
Teruskan perjuangan sehingga kalimah syahadah tertegak dalam diri setiap manusia penghuni bumi dengan perilaku kemurniaan peribadi Rasulullah s.a.w.
4 comments:
"Perjuanganku untuk terus mendidik anak muridku agar celik Al-Quran, jawi, fardu ain. Malah, mampu menguasai bahasa arab walaupun kekadang berseorangan. Perjuanganku mendidik warga sekolah agar Islam bukan sekadar manis dibicarakan di tebing bibir"
Hmm..semoga dapat mendidik anak bangsa sebaik mungkin..!
Saya geram sebenarnya akhbar arus perdana tanah air tak beritahu maklumat sebenar..gencatan senjata dibuat Israel sebab mereka dah lemah..tentera mereka penat..kaburi pandangan masyarakat dengan angkat sumpah Obama..ingat kita senang ditipu..
tahle kan nape nak ceduk news cnn sebiji...malas dah nak dengar bite dorang...cari bite sendiri dari sumber2 yang boleh dipercayai...
eva...paman salut sama eva...
kau tak pernah lelah menulis nak.....apa kabarmu sekarang?
menulis adalah medium dpt sy gunakan utk meluahkan sesuatu yg terbuku dlm hati ttg keadaan yg berlaku sekitar hidup...
baik2 aja paman...
Catat Ulasan