? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 5 Januari 2009

Cabaran 2009

Sesi persekolahan telah bermula bagi seluruh warga sekolah terutama para guru dan murid.
Jika dipantau maka pelbagai ragam guru bermula dari menyiapkan kelas sehinggalah fail-fail data murid.
Manakala murid-murid pula dengan pelbagai karenah dengan tangisan dan kenakalan terutama
yang baru masuk alam persekolahan pra, rendah dan menengah.
Di samping para ibu-bapa yang turut serta menyumbang airmata kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak yang akan tinggal di asrama.
Apa pun situasi di atas ia tetap kepada satu matlamat iaitu ilmu dan pendidikan.
Tahun ini merupakan tahun cabaran buat diri ini yang akan menghadapi praktikum selama 4 bulan.
Diri ini serta sahabat-sahabat sekarang menanti pensyarah dalam debar di samping menyiapkan bahan-bahan praktikum yang akan dipantau bermula dari 19 Januari ini.
Maka banyak perkara perlu diteliti agar tidak menimbulkan masalah kemudian hari.
Doakan kejayaan kami agar dapat menghadapinya dengan gembira dan cemerlang.
Yang penting dalam diri perlu ditanam sifat sabar berterusan dalam semua situasi tidak terbatas hanya untuk praktikum.

Palestin terus dibedil hingga angka korban meningkat sehingga 450 mangsa.
Sejak semalam puak zionis itu telah menyerang melalui jalan darat dan mangsa pertama kereta kebal adalah kanak-kanak. Namun Amerika tetap dengan pendirian mereka secara terang-terangan menyokong Israel apabila mengagalkan usaha Libya memujuk PBB supaya Israel menghentikan serangan. Setiap hari apabila helaian akhbar diklik hati makin tersiat dengan kekejaman bangsa laknatullah itu mengakibatkan umat seakidah menderita di bumi sendiri.

Ekoonomi dunia makin merudum sehingga bursa saham juga berada diparas terendah. Melalui cerita abah beberapa buah kilang di kawasan Bakar Arang yang merupakan kawasan perindustrian terbesar di Sungai Petani akan tutup. Negara polis dunia kononnya iaitu Amerika juga akan membuang pekerja dengan jumlah yang ramai. Guru besar di sekolah sempat berpesan dalam mesyuarat agar guru-guru menabung supaya tidak susah di kemudian hari.

Gabungan sakit hati dengan kekejaman Israel yang sanggup membunuh umat Islam untuk merealisasikan misi Israel raya dan misi diri ini agar lagi berjimat cermat
maka
kesimpulannya ialah ' MEMBOIKOT BARANG-BARANG ISRAEL & AMERIKA'. Disamping membantu membeli barangan bumiputera yang tidak kurang hebat dari segi kualiti dan harga. Diri ini tidak mampu terbang ke Palestin untuk mengangkat senjata atau melontar bom. Selemah-lemah iman hanya mampu berdoa di sini agar Palestin kembali damai. Jadi inilah antara cara membantu saudaraku di sana.

Marilah kita sama-sama pakat boikot barangan ISRAEL dan AMERIKA.

Semoga sedikit sumbangan kita mendapat tempat di sisi Allah S.W.T
dan
mendapat saham di sana kelak

AMIN YA RABBIL A'LAMIN.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sebab ayah saya cikgu!..hehe..teringat cikgu zaleha guru BM yang garang tapi anak murid dengar kata..guru begini saya rasa ikhlas..sebab tu murid dengar..garang tapi lembut..

450?..hmm 31 dis 398 jika tak silap..sekejap dah meningkat..

ini kali pertama saya rasa nekad tidak mahu berkunjung ke TESCO..sebelum ini saya buat endah tak endah..berusaha!

SRISUFI berkata...

salam eva...

selamat memulakan tugas sebagai guru...

hurrrmmm...kejam sungguh depa dapa palestin....bertambah sedih bila negara islam bersekongkol dgn israel....apa dah jadi ntah lah??

Tanpa Nama berkata...

to syahidah...

tue la...lau ikhlas sume perkara berhasil so marilah kita ikhlaskan diri dalam perbuatan.

terkezut gak dengan angka mendadak nih...pada diorang nyawa umat Islam nie umpama nyamuk jer...tampar aje mati.

selama ni akak pengunjung setia Tesco...depan umah je kan...so kena tekad dam istiqamah pasni.


to sri...

salam sri

thanx...moga tahun ni kerjaya lebih memberi banyak pahala,ilmu dan pengalaman.

sebenarnya Israel ni ditanam minda dari kecil agar musuhi orang Islam..paling geram pada pak-pak arab yang kaya tapi bodoh ikut telunjuk Israel dan Amerika.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...