? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 29 Januari 2009

Muslimah...semangat dalam lembut

Bersemangat betul wanita-wanita Palestin bercakap dalam Buletin Utama sebentar tadi. Tiada gentar melafazkan niat mahu berjihad menentang pencerobohan Yahudi di negara mereka jika semua lelaki Palestin gugur. Malah bangga dengan kesyahidan seorang anak lelaki di medan menentang puak zionis. Rela menghantar anak yang ada untuk bergelar syahid.Tidak hairanlah Israel mahu menghapuskan bangsa Palestin di atas muka bumi ini kerana bangsa itu memang kuat semangat perjuangan tanpa gentar pada kematian. Itulah bangsa arab yang memang kuat semangat dan keberanian yang terbentuk dari penindasan yang lama. Tidak mengharapkan pada perbincangan meja rundingan pak-pak arab dan kuasa besar dunia. Harapan mutlak hanya pada Yang Esa tuhan pemelihara dan sebaik-baik penolong.
Terimbas perang di zaman Rasulullah s.a.w. Berpusu-pusu remaja dan orang tua menawarkan diri untuk ke medan jihad demi sebuah syahid. Ada yang tidak layak untuk berperang namun tetap merayu dan mendesak hingga diterima dalam pasukan mujahidin. Mereka dapat apa yang didambakan. Darah merah harum berbau kasturi. Tetap hidup di sisi Allah taala.

Sejarah kini berulang kembali dalam keadaan dan cara berbeza. Para muslimin seluruh dunia membara untuk terjun ke medan jihad. Bukan untuk mendapat nama dalam lipatan sejarah. Namun demi mempertahankan maruah Islam yang sering dihina dan dibobrokkan oleh kuffar. Mempertahankan tanah kelahiran para nabi dan rasul dari dirampas untuk pembinaan Haykal Sulaiman (kuil Sulaiman) oleh yahudi.

Para muslimah juga tidak lemah selembut perwatakan mereka dalam perjuangan menegakkan agama suci ini. Walaupun sekadar di belakang tetap bersemangat melahir dan mendidik anak-anak mujahidin sebagai tentera sebagai tiket sama-sama menuju syurga. Sebagai tulang belakang kepada para tentera.

Marilah wahai muslimah sedari detik ini membina jati diri muslimah sejati beracuankan Al-Quran sunnah. Membentuk anak yang dilahirkan dari rahim yang suci menjadi kader-kader islam. Menepis fitnah yang dicipta atau yang tercipta.

2 comments:

SRISUFI berkata...

ada neraca senget sebelah
ada mata kenyit tak sudah
ada roket berangan ke angkasa
ada rembulan di tengah belantara.

ada hati, zikirnya mati
ada makan, suapnya tak henti
ada kata, janjinya tak ditepati
ada panji, kibarnya perlu diganti.

SAHABAT...ajak ku bersama berubah ke arah lebih baik

Tanpa Nama berkata...

insyAllah...biiznillah

Allah pasti bersama hamba-hambaNya yang mahu ke arah kebaikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...