? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sabtu, 31 Januari 2009

Erdovan vs Perez

Sewaktu kecil dahulu diri ini suka memandang langit. Melihat awan yang mempunyai pelbagai abstrak. Ada yang menyerupai bentuk benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia seperti sikat, wajah wanita, hati dan pelbagai lagi. Sangat mengagumkan umpama hasil kraftangan yang dibentuk dengan kapas. Di masa yang sama aku pernah bercita-cita untuk memegang awan. Pernah mengumpamakan awan itu lembut seperti kapas dan akan hilang seperti asap apabila dipegang. Maka, dongeng barat 'Jack and the long bean' diharap dapat menjadi kenyataan. Mampu mendaki hingga ke puncaknya. Itulah angan seorang kanak-kanak pendiam yang sering berfikir.
Dewasa ini, mengapai awan diinspirasikan untuk mengapai cita-cita dan impian. Pelbagai motto, falsafah dan kata-kata hikmah dicipta untuk mencapainya. Pastinya ia bukan sekadar angan kosong tetapi bersulamkan usaha, doa, tawakal dan keyakinan yang kuat untuk mendapatnya. Bergantung kepada pencipta demi memiliki impian tersebut. Halangan tetap menyekatnya sebagai ujian menduga keimanan dan kesabaran. Bila direnunang diri yang serba kekurangan tidak layak ia disandang. Rahmat Allah mengatasi. Namun itulah nilai sebuah kejayaan. Lebih menghargainya kerana kesukaran memilikinya. Alhamdulillah sebahagian sudah terealisasi. Sebahagiannya masih menanti dalam usaha dan doa yang masih ditangguh untk dimakbulkan.
*************
Bermula Jumaat 30 Januari lepas Recep Tayyib Erdovan merupakan wira kepada rakyat Turki dan masyarakat dunia di atas keberanian bertegang leher tentang isu Gaza dengan Presiden Israel Shimon Perez. Tindakan beraninya meninggalkan pentas sidang forum ekonomi Dunia (WEF) dikatakan bakal melukiskan wajah hubungan baru antara Turki dan Israel yang selama ini sekutu. Justeru mengubah sikap Turki yang menjadi penengah antara Israel dan negara-negara arab. Klimaksnya adalah hubungan diplomatik yang serius antara kedua-dua negara. Apa jua yang bakal berlaku, tahniah buat Erdovan kerana menyusuli langkah beberapa negara yang memutuskan hubungan dengan Israel. Maka, dengan pernyataan sikap beberapa pemimipin negara itu menyedarkan negara zionis itu bahawa sebenarnya mereka dibenci oleh majoriti penduduk dunia. Laknat Allah taala dan kebencian makhluk yang longgar dengan mereka melayakkan mereka dihumban ke neraka yang sememangnya untuk mereka yang tidak melafazkan syahadah.

3 comments:

Amet berkata...

TAKBIR!!!!ALLAHU AKBAR

Tanpa Nama berkata...

hmmm..tapi di palestinkini.com lain pula cerita mengenai Mesir iaitu disahkan Mesir yang membekalkan makanan buat tentera Israel..aduh

Tanpa Nama berkata...

Mesir memang jahat disebabkan kerajaan sekular yang menjadi pemerintah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...