Syukur dipanjatkan Ilahi kerana adik sepupu bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Gembira kerana satu lagi masjid bakal dibina malah satu fitnah bakal runtuh.
Dewasa ini 'couple' dan 'dating' sebelum berkahwin sudah menjadi lumrah bagi masyarakat melayu umumnya dan masyarakat Islam khususnya. Budaya mat saleh sudah mendarah daging dalam komuniti muslim di mana pada era 50 an, 60 an dan masyarakat kita masih utuh menjaga nilai perhubungan antara ajnabi ( bukan muhrim ) sehinggakan perkahwinan sendiri juga diatur pihak keluarga dengan batas-batas yang tertentu. Jarum zionisme yang disuntik juga sudah melalikan masyarakat kita mengikut rentak yang dinukilkan mereka. Jadi, di mana jati diri kita sebagai individu muslim yang menganuti agama yang benar dengan Nabi Muhammad sebagai penghulu.
Pertengahan 80 an di usia tujuh tahun diri ini masih tidak mempunyai perasaan terhadap rakan sekelas malah tidak mengetahui tentang cinta. Namun kini kanak-kanak yang lebih kecil dari itu sudah pandai membicarakan tentang cinta dan perasaan. Mungkin ketika itu jarum zionis baru disuntik dan ubatnya masih belum sebati dalam diri setiap muslim yang goyah pegangan iman. Jika diukur dari sudut media sendiri, zaman dahulu media tidak secanggih sekarang dengan kemudahan internet, parabola, satelit dan sebagainya. Maka rancangan-rancangan juga tidak sebanyak sekarang yang penuh dengan hiburan yang memonopoli rancangan di setiap media. Ditambah dengan filem-filem barat yang menonjolkan nilai hidup mereka sehingga setiap dari kita menggunakan pakai teori Machiavelli iaitu "matlamat menghalalkan cara."
Ibu bapa zaman sekarang seperti meredhoi anak-anak dara mereka diusung ke sana ke mari dan anak teruna mereka membawa anak dara orang ke serata tempat. Sedangkan dalam fatrah bertunang sendiri di haramkan. Ini kan pula tanpa ikatan. Ia dengan alasan jika tiada couple nanti anaknya tiada pasangan dan tidak akan berkahwin. Mungkin juga kiamat sudah dekat kerana salah satu tanda-tandanya iaitu ibu bapa takutkan anak-anak. Takut menegur anak-anak membuat maksiat di mana nanti tidak akan diambil peduli oleh anak-anak malah tidak di beri nafkah.
Dunia kini sudah terbalik. Jika masyarakat barat menilai remaja yang masih suci sebagai kolot. Masyarakat kita kini memandang individu yang tidak couple sebagai tidak laku. Individu yang mengikut arus budaya walaupun budaya tidak sihat dipandang penuh bangga. Namun, individu yang menjaga iman melalui nilai dan adab berlandaskan Al-Quran dan sunnah di pandang enteng. Jelaslah jalan menuju syurga memang dipenuhi duri dan ranjau.
'Zero couple' merupakan satu kempen yang pernah dijalankan semasa saya di Kusza dan melalui fed back melalui Kusza chat room dengan student ada yang mengkritik kempen tersebut menyekat hak peribadi individu.
Dalam kemelut ramai yang membudayakan 'couple' dan 'dating' ini masih lagi terdapat individu yang memegang kemas Al-Quran dan sunnah dan menjaga diri dari fitnah dunia. Tahniah buat individu-individu ini. Thabat dan istiqamahlah dalam pejuangan menentang kebatilan yang tidak disedari sesetengah daripada kita kerana kebiasaan yang dilakukan.
Usah dikhuatiri akan perpisahan
jika berjodoh
lain benua
lain budaya
bakal bertemu dengan ikatan Ilahi
inikan pula satu negara dan budaya
bentuk diri
doa...tawakal
Allah pasti mengabulkan
jika di dunia sudah tersurat
2 comments:
sungguh indah tulisanmu....
semuanya dari Allah yang maha Esa...
kita hanya penyebabnya...
Catat Ulasan