Bahang sukan makin terasa bagi warga SKBS. Waktu p&p pada sebelah pagi beberapa hari sejak minggu lepas digunakan raptai perbarisan dan sukaneka tahap 1. Guru-guru serta murid-murid menahan bahang mentari menyengat kulit merealisasikan sukan ke-12 ini. Keluh kesah, letih menyapa cuping telinga rungutan murid-murid diabaikan sementara. Walaupun tanpa jaguh daerah seperti tahun lepas namun semangat tetap ditonjolkan setiap guru dan murid. Guru-guru rumah Merah, Biru dan Hijau mengatur strategi bagi mencapai sebuah kemenangan.
Kita panas tidak sepanas bom fosforus menyengat kulit wahai murid-muridku.
Kita letih tidak seletih berlari mencari tempat perlindungan dari serangan bom dan peluru tidak bermata.
Kita dahaga dan lapar tidak seteruk saudara kita yang tiada bekalan makanan.
Motivasiku untuk anak didikku meraih sebuah kemenangan menghadapi ranjau kehidupan
yang tidak selalunya cerah.
Innallah ha ma'ana (sesungguhnya Allah bersama kita selagi kalimah syahadah dipegangi)
*********
Ada tetamu dari blogger seberang yang katakan bahawa blog ini blog perang berdasarkan entri yang sejak sebulan mengisahkan tentang peperanagan Gaza. Hati ini tersentuh dengan penderitaan mereka. Jari ini tidak mampu berhenti menterjemah kelaraan hati merintih hiba. Tidak mampu menyekatnya. Buat renungan diri ini yang sering alpa. Mungkin khazanah tatapan generasi kelak mengenali ibu, nenek dan moyang yang rindukan syahid dan berjihad melawan arus kejahatan yang sering menghempas.
riang memanjat usia
menjalani hidup tanpa gelisah mengisi ruang masa
hasil merdeka kebebasan
dari penjajahan lahiriah
Kita bebas ke sekolah mengenal huruf
hingga boleh membaca
bebas ke universiti
meneroka ilmu seluas cakerawala
mencari rezeki di bumi Allah taala
Kita aman dengan izin Yang Maha Esa
menghirup khusuknya ibadat(amal) dalam kedamaian dunia
usah lali keseronokan nikmat sementara
Dunia anak Palestin diragut tangan-tangan durhaka
pada Yang Esa
sejak dahulukala
Al-Quran membuktikannya
bukti sejarah terpelihara
Kebahagiaan anak-anak itu
dijanji Allah taala
seksa di dunia
gembira di syurga
dengan istana
layanan istimewa bidadari bidadara
sungai susu, madu dan anggur penghilang dahaga
0 comments:
Catat Ulasan