Pemergian Yasmin Ahmad pengarah yang sering kontroversi dengan filem-filem yang diarahnya telah membangkitkan ingatan pada zaman kanak-kanak melalui latar belakang filem-filem tersebut.
Walaupun secara jujur tidak ada satu pun filemnya samada Sepet dan Muhsin yang kutonton sehingga akhir cerita. Manakala filem yang lain seperti Gubra dan yang terbaru Talentime tidak pernah kotonton.
Namun begitu latar belakang zaman kanak-kanak pada tahun 70 an dan 80an yang meninggalkan sedikit kesan di hati apabila teringat kisah berada pada usia kanak-kanak dahulu.
Radio stesyen panas tempatan pagi tadi juga membincangkan antara filem arwah Yasmin Ahmad yang paling mendapat tempat di hati penonton. Filem-filemnya yang dikatakan berjiwa satu Malaysia sesuai dengan slogan itu yang diwar-warkan sekarang.
Kebetulan pada hari ini tiba-tiba aku dan rakan-rakan setugas membincangkan permainan ketika zaman kanak-kanak.
Galah panjang (toi ), masak-masak, guli, gasing, susun kasut merupakan antara permainan kami sewaktu kecil dahulu. Tambahan ketika Ramadan bermain pada malam hari membangkitkan rasa gembira lebih pada hari dan bulan lain. Ramadan yang semestinya memberikan keistimewaan dalam segala perkara sehingga kanak-kanak pun merasainya.
Bermain bercampur lelaki dan perempuan. Tanpa rasa malu. Tanpa peduli jika tersentuh kulit namun semua itu tidak dipedulikan. Malah kerana kami semua hanya kawan tanpa diselinap perasaan lain maka kami semua selamat dari perkara-perkara maksiat. Ibu bapa dahulu juga tidak kisah anak-anak mereka bermain dengan siapa dan sebarang permainan. Mereka meletakkan 100% kepercayaan kerana zaman dahulu tidak terdedah kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Kanak-kanak zaman kini boleh bercakap sahaja sudah pandai menyatakan suka kepada seseorang. Tahun satu juga telah memilih calon untuk dijadikan kekasih. Kanak-kanak zaman kini lebih bijak bab hati dan perasaan kerana hidup yang terdedah dengan LOVE melalui kaca televisyen, realiti suasana luar yang terlalu bebas. Ditambah lagi zaman ICT di mana kanak-kanak adakala lebih bijak membuka dan menggeledah ruangnya berbanding dewasa. Memang patut pun ibu bapa kini lebih menjaga anak-anak mereka, menyekat pergaulan dan pergerakan agar tidak terjebak ke lembah tidak diingini.
*******
Permainan kegemaranku adalah galah panjang yang sering kumain bersama kawan-kawan di hadapan rumah teres kami di Taman Pulai Jaya, Simpang Pulai. Satu keseronokkan apabila dapat mengelak diri menggunakan taktik tertentu akhirnya dapat melepaskan diri yang akan memenangi permainan tersebut.
Jika bersama adik-adik pula kami suka bermain cikgu-cikgu. Oleh kerana aku adalah along maka akulah yang menjadi cikgu. Disebabkan itu agaknya sekarang aku menjadi ckgu di alam nyata. Bukan lagi tipu-tipu. Seronok betul zaman itu. Hendak dikata tiada masalah tetap ada masalah. Dimarah, dirotan oleh abah dan emak adalah antaranya. Namun masalah itu diendahkan demi mencari kegembiraan melalui bermain...bermain dan terus bermain.
Bak kata cikgu matematik sekolah, "Nampak sangat la kita suka main-main."
Kami semua tersenyum sumbing mendengar ayat tersebut.
2 comments:
Saya pun tak pernah tahu dia ini pengarah besar...dan tak ambil peduli pun filem2nya....
Cuma saya tahu bila cerita kontroversinya yg dikecam oleh Marina mahathir itulah (seperti yg dikarang dlm Kosmo!)....
Ermmm....
rasanya allahyarham (sprt yg sering ditulis dlm kebanyakan akhbar) lebih femes sekarang dari masa hidupnya...
nak komen lebih2 nanti jadi fitnah maka doalah yg terbaik untuknya...
Catat Ulasan