? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 2 Februari 2009

Masa itu perjuangan

Hari sukan SKBS usai kelmarin dalam keadaan meriah dan penjimatan kos memandangkan ekonomi dunia yang makin merudum. Pentingnya bukan nilai sebuah hadiah tetapi nilai bersatu-padu, ukhuwah dan riadah yang diterapkan pada setiap individu yang terlibat. Peritnya mentari rembang diabaikan demi merealisasikannya walau dalam keadaan sebuah sekolah luar bandar kecil di dalam ladang kelapa sawit. Tahniah buat guru-guru dan murid-murid Rumah Merah yang mengekalkan johan setiap tahun sesuai usaha guru-gurunya yang bertungkus lumus dengan strategi dan penat lelah. Jika diri ini masih kekal dengan Rumah Biru pada tahun hadapan kerangaka strategi sudah tersusun memandangkan tahap satu yang mempunyai jaguh yang boleh digilap menjadi johan. InsyAllah jika diizinkan tuhan dengan usia yang masih ada, tenaga dan kewangan mencukupi.

Cuti peristiwa sempena hari sukan tidak dapat dinikmati badan dan minda semaksimum mungkin. Persiapan praktikum perlu dilangsaikan. Ruang-ruang waktu kini makin pendek skopnya untuk aktiviti rehat. Terlalu mahal harga untuk sebuah kejayaan. Penulisan Rancangan Pengajaran semester tadi terkoma sementara apabila mendapat sms dari rakan yang mendapat pensyarah yang sama. Katanya banyak benda yang diperbetulkan sehingga perlu dibuat kembali. Lelah semenjak beberapa minggu lepas masih berbaki. Kini bakal menambah tanggungjawab yang kian bertambah nombornya.


Motivasi diri perlu dicetuskan kini demi menghasilkan kerja yang berkualiti dan usaha yang ikhlas agar tidak menjadi sia-sia. Apalah sangat usaha dan lelahku dibandingkan perjuangan Rasulullah, para rasul dan para sahabat demi menyebarkan luaskan Islam di setiap hati manusia di muka bumi ini. Terlalu kecil sekecil kuman mungkin. Apalah sangat lelahku berbanding saudara yang masih tidak aman di bumi sendiri. Diri ini masih beruntung berbanding mereka. Syukran ya Allah kerana beri ku peluang sedar akan hidup ini adalah rantaian perjuangan yang tidak akan selesai selagai nyawa masih di kandung badan.

Selagi ada kemahuan
di situ ada jalan
Selagi ada keikhlasan
di situ bakal bercambah 'iman'
usah gentar pada ceteknya masa
juga bertimbun kerja
kerna selagi ada usaha laksanakannya
pasti siap dengan jayanya
dengan izin Yang Maha Esa..

2 comments:

SOHAINA MOHD SALLEH berkata...

Eva rumah biru ker??Boleh tak bagi idea kat akak untuk buat Maskot perbarisan apa dia yekk??

Tanpa Nama berkata...

yupp...

taun ni kitorag takder maskot la akak...mmg GB suh jimat sggh...hadiah pon harga rendah dari dlu...

thn pas maskot rumah merah sponge bob...rumah biru nie sokmo takde idea...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...