? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 3 Februari 2009

Bulan oh bulan

Hobi zaman remajaku ialah merenung bulan. Entah kenapa bulan cantik sangat. Makin direnung macam dapat menembusi ruangnya. Walau hakikatnya bulan tidak cantik dipandang dekat. Dari jauh bercahaya hingga dapat menerangi gelitanya malam. Boleh menjadi panduan makhluk bumi berjalan dalam kegelapan malam. Kecantikan bulan hanya 3/4 sahaja seperti cantiknya manusia dalam syair arab yang menjadi silibus madah balaghah semasa tingkatan empat dahulu.
Hobi merenung bulan ini bermula ketika di rumah kampung yang disewa aku bersama 4 rakan lain semasa menengah di SMA Raudhatul Ulum, Langgar, Alor Setar. Apa tidaknya rumah yang 'ditolak dengan lidah pun akan roboh' seperti kata-kata emak ini mempunyai tingkap papan yang luas mata memandang memudahkan aktiviti ini setiap pertengahan bulan Islam. Aktiviti ini berlangsung sekitar pertengahan malam. Pastinya akan tidur dahulu selepas Isyak untuk membina stamina. Merenung bulan ini seronok dalam suasana sepi dan ketika orang lain nyenyak dibuai mimpi. Duduk di atas bangku menghadap tingkap dan kaki bangku dibiarkan berdiri dua. Selepas lelah membaca buku dan hafal pelajaran yang sepatutnya maka tengoklah bulan. Dari situ tercetus idea mengarang sebuah dua puisi. Kadang-kadang bulan yang tengok aku. Terlelap atas papan lantai sehingga Subuh dengan tingkap terbuka. Mujurlah Allah menyelamatkan kami kerana rumah itu bukan setakat tenaga lelaki yang boleh memanjat. Aku pun boleh panjat dengan menaiki tiang bawah. Mungkin juga semasa merenung bulan itu masih tercetus rasa kebesaran Allah mencipta bulan. Pernah juga nampak burung seperti bangau dengan sebiji telur sebesar telur burung kasawari tepi meja rehat sebelah banglo tuan rumah di tengah malam. Allah lebih mengetahui samada makhluk itu makhluk alam nyata atau alam ghaib. Pedulikan itu semua yang penting dapat ku bersua dengan bulan.

Setiap manusia dijadikan dengan baik buruknya
ia melengkapi satu sama lain
tanpa kedua-duanya manusia tidak di namakan baharu
kerana baik buruk itulah
alam beraneka dengan ragam dan tragedi
terimalah setiap manusia dengan baik dan buruknya
untuk mengelakkan benci padanya
ingatlah akan kebaikannya
kerna kita juga ada keburukan
yang boleh diterima sesetengah manusia
sebagai fitrah ketidaksempurnaan seorang hamba

Sudah lama tidak melihat bulan kerana bilik tidak mempunyai tingkap. Kekangan kerja dan masa yang membatasi. Tunggulah wahai bulan. Suatu masa nanti kita akan bertemu kembali.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...