? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 23 Februari 2009

CINTA ke-3

'CINTA kepada Allah'
'CINTA rasul'
'CINTA ibu-bapa'
lirik nasyid nyanyian kumpulan Saujana ku lagukan ketika memandu menyingkap jasa dan pengorbanan mak dan abah yang membesarkanku dengan jerih perih.
Aku dikandung dengan menyentap kesihatan mak selama 9 bulan terkulai lemah.
Aku dibesarkan dengan kudrat abah membanting tulang empat kerat siang dan malam.
Terima kasih mak abah yang sanggup menerimaku di dunia ini dengan mengorbankan kesenangan kalian.
Aku beruntung tidak dicampak merata di penjuru alam dalam kementahan mengenal dunia.
Rakan sekerja bercerita akan ralatnya dia tidak dapat berbicara saat akhir ayahnya kembali ke rahmatullah Khamis lalu.
Bukan tidak mahu melayan bicara seorang ayah namun tuntutan kerja yang menuntut masa melangsaikannya menyekat semua itu walau tinggal berdekatan.
Hakikatnya kematian dihijabkan Ilahi maka pemergian orang tersayang adakala tidak dijangka dalam sekelip mata.
Fitrah manusia tidak menghargai yang ada di depan mata.
Lebih baik berjauhan sering merindui dan menghargai.
Sukmaku tersentuh teringatkan jasad yang jauh di Timur Tengah 4 tahun lampau.
Sering merindui dan mimpikan keluarga tercinta.
Kini sebumbung adakala hanya bertembung.
Berbicara boleh dikira beberapa patah sahaja kerana tuntutan dunia meneruskan kelangsungan hidup.
Hati mula berbisik lembut andai ibu bapaku sudah tiada.
Mustahil untukku berbicara seperti sediakala.
Suara mereka pasti terngiang-ngiang di telinga.
Hanya airmata melampiaskan rindu bersama kiriman al-Fatihah, yaasin dan doa.
Semasa mereka masih ada apatahlagi di depan mata tidakkan kusia-siakan mereka walau kesibukan meregut masa.
Ku mahu kalian bahagia dalam kesingkatan menghirup udara dunia dengan anakmu sebagai permata memimpin tangan kalian menuju syurga.
Amin ya Rabb.
Kerana mak abah airmata tegarku sudah menitis sambil dada menahan menahan sebak.
Hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

syukur la punya mak ayah lg,ana kehilangan ayah semasa berada beribu km dr msia,hanya mampu berdoa dan bersedih dr jauh,seminggu pastu baru ada tiket blk msia.terkilan,sedih,semua ada.mujur sempat telefon 2 hari sblm dia meninggal,Allah lebih sayangkan dia,moga ilmu yang dicurahkan kpd anak didiknya menjadi cahaya menerang di alam barzakh.amin.

Tanpa Nama berkata...

ustaz punya kekuatan sebab tu Allah menguji dengan mengambil insan tersayang...

semuanya da hikmah yang kadang-kadang susah hendak kita nilai sebagai manusia yang lemah...

insyAllah bakal bertemu di syurga

amin ya Rabb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...