? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sabtu, 23 Mei 2009

Setiap hari kuhargaimu

Mak pernah kata aku adalah anak kesayangan abah.

Adik pertamaku selalu kata sebab campur tanganku dalam sesuatu hal maka abah tidak jadi meninggikan suara.

Abah juga pernah kata bahawa aku ini anak yang tidak menyusahkannya.

Namun bagiku biasa sahaja malah tidak terkesan dengan semua itu.

Jauh sekali untuk mengambil kesempatan kerana lima adikku juga datang dari abah yang sama yang tidak perlu di lebih kurangkan kasih sayang.

Abah sering mengusap kepalaku ketika kecil.

Abah selalu berpesan agar aku menunaikan impiannya untuk menjadi guru apabila dewasa.

Abah seringkali menelefonku menitipkan semangat agar belajar rajin-rajin ketika aku tinggal bersama tok di kampung.

Abah cepat melenting apabila ada manusia yang menyindir anaknya ini.

Namun...

yang paling menyedihkanku adalah pengorbanan abah mengeluarkan wang KWSP untuk lanjutan belajar di bumi Musa.

yang paling mendukakanku ialah kesanggupan abah mengantung plastik maruku yang dibuat oleh mak di handle motorsikal ketika kerja untuk menampung kekurangan wang tiket kapal terbang untuk pulang ke tanahair.

Besar pengorbananmu abah...
tidak ternilai dengan balasan yang akan kubayar
jauh tara dengan keringatmu membanting tulang membesar, menyekolah dan memeliharaku

kau terlindung dek bayangan seorang ibu
buatku leka pada jasamu
walhal kau juga tonggakku
berdiri seperti hari ini

maafkan aku duhai abah
akan kealpaanku ini
tidakku ulangi lagi

Terima kasih abah

Semoga cita-citaku untuk menghantarmu ke Tanah Haram dimakbulkan Allah.

4 comments:

SOHAINA MOHD SALLEH berkata...

SEDIHNYE DAN TERSENTUH HATI AKAK MEMBACANYA.KERANA AKAK HANYA ADA ABAH SAHAJA LAGI TAPI AKAK SIBUK DENGAN PEMBELAJARAN MASTER AKAK.TAK SEMPAT NAK BAWA ABAH AKAK BERJALAN JALAN.AKAK CUMA HARAPKAN ABAH AKAK PAHAM KEADAAN AKAK..
EVA TOLONGLA DOAKAN AKAK ABIS MASTER TAHUN NI UNTUK AKAK LUANGKAN MASA BERSAMA ABAH AKAK PULA

eva berkata...

insyAllah akak...

niat yang baik akan dibantu Allah walau ada rintangan menghalangi...
doa saya sentiasa mengiringi kejayaaan akak...

amenn ya Rabb...

Tanpa Nama berkata...

Salam singgah,saya terharu dengan post kali ini.thanks a lot for remembering me to my parents.

eva berkata...

kullu min Allah...

manusia hanya sebagai penyebab mengingatkannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...