? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 11 Mei 2009

Relevenkah rotan

Guru Besar sering menasihati agar jangan merotan malah menjentik murid-murid. Ini kerana katanya budak-budak tidak bersalah malah jika terjadi sesuatu guru patut menyalahkan diri sendiri. Selain itu katanya agar tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti diserang waris hingga membabitkan media dan pihak berkuasa. Juga kerana larangan merotan yag dikuatkuasaan oleh kementerian. Kami selaku guru mempertikaikan kenyataan wanita cina yang akan pencen pada tahun ini. Maka berbagai komen yang keluar di belakang wanita cina yang kuat semangat itu.

Melalui mata pelajaran Pedigogi ketika kursus perguruan yang telah kuhadiri setiap kali cuti juga kami disuruh menggunakan motivasi untuk menangani murid-murid nakal dan bermasalah. Juga dilarang menggunakan kekerasan dalam mendidik.

Namun sebagai manusia yang punya perasaan adakala terbabas juga dari mengawal sifat agar tidak menghukum dengan kesakitan walaupun hanya sekadar memulas telinga.

Kini penggunaan rotan ingin dikembalikan. Maka setiap perkara yang diusulkan akan mendapat pro dan kontranya dari masyarakat terutamanya ibu bapa. Ada yang bersetuju. Ada juga yang tidak bersetuju.

Jika diukur penggunaan rotan oleh guru-guru pada zaman dahulu amat berkesan mendidik murid-murid ketika itu sehingga melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan yang ada seperti pada hari ini. Malah penggunaannya tidak mendatangkan kesan negatif pada jasad murid serta sentimen ibu bapa serta masyarakat.

Zaman sekarang jika rotan digunakan maka akan mengundang kontroversi satu negara. Ini kerana ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. Disamping mempercayai kata anak-anak tanpa usul periksa.
********

Aku sengaja meminta pandangan guru Bahasa Inggeris di sekolah ekoran perbincangan tentang topik ini di sebuah stesen radio tempatan pada pagi tadi.

Aku berkata padanya jika merotan untuk mendidik itu tidak mengapa. Kesannya juga tidak akan mengundang cedera. Ibu bapa juga tidak akan menyerang membabi buta.

Guru penghujung usia 40 an itu pula berkata jika kelonggaran rotan itu diberi kasihan pada murid-murid baik yang dirotan akibat kesalahan yang sedikit sahaja.

Kesimpulanku adalah penggunaan rotan wajar digunakan namun perlu digunakan dengan niat yang baik oleh guru. Selain itu ibu bapa juga perlu memberi kepercayaan kepada guru yang bukan sekadar mengajar namun mendidik atau mentarbiah anak-anak mereka untuk menjadi insan yang mulia.

Guru dahulu layak merotan kerana mereka mendidik dengan ikhlas
Guru sekarang diragui untuk diberi hak merotan kerana punya banyak cabang tugasan
Ibu bapa dahulu sanggup anak dirotan kerana mahu anak menjadi manusia berguna
Ibu bapa sekarang tidak benarkan anak dirotan kerana terlalu sayangkan hingga memusnahkan masa depan.

Apa pandangan anda???

2 comments:

SOHAINA MOHD SALLEH berkata...

Memang betul tuh..kekadang atau sekali sekala rotan perlu juga digunakan.tapi bukanlah setiap masa.Ini kerana murid zaman sekarang tidak sama dengan murid zaman dulu.KENAPAKAH MURID INI BERBEZA??MUNGKINKAH PENGARUH BARAT DAN SEKULAR YANG TELAH MENULAR.
Tidak sama pada zaman dahulu,muridnya tidak mengikut perangai BARAT.

eva berkata...

itu salah satu daripada faktornya...selain itu kanak-kanak zaman sekarang dilahirkan dalam keadaam semuanya ada...bila semuanya mudah didapati tiada dorongan buat mereka berusaha maka malaslah menjadi penghuni diri...berbeza org dahulu yang agak susah dan mempunyai motivasi dalaman untuk menaikkan taraf idup...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...