Mengapa diwujudkan perpecahan seagama dan seakidah
mengapa dihalakan senjata pada saudara seagama dan seakidah
mengapa dilemparkan bom pada saudara seagama dan sekidah
mengapa berlainan mazhab dijadikan alasan perpecahan
mengapa berlainan puak dan kabilah adanya perpecahan
mengapa berlainan politik terjadinya perpecahan
Mengapa...??? mengapa...??? dan mengapa...???
siapa pun kita
walau berbeza mazhab, puak dan politik
kita patut bersatu bawah panji Islam
dan lembayung rahmat Rabbul Izzah ( Allah )
kerana kita diturunkan satu kitab ( Al-Quran )
juga sunnah sebagai panduan kehidupan ( Hadis )
tinggalan Nabi yang mulia ( Rasulullah s.a.w )
simboliknya bersatu bawah satu imam dalam satu jemaah
ketika menunaikan solat
wahai manusia marilah menuju persaudaraan
kasih sayangnya melebihi kasih seorang ibu
marilah membina silaturrahim sebagai janji penuh berkah
jadikanlah diriku sebagai saudara selagi Adam adalah ayahku
jika kamu Qabil yang menabur permusuhan dan kebencian
-Dr A'id Abdullah Al-Qarni-
"Dan janganlah kalian semua saling bermusuhan,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang saling bermusuhan."
( Al-Baqarah : 190 )
5 comments:
hurrmmm...
kelu lidah seketika...
kan baik kalau berikan mereka tinta bukan senjata..
hulurkan mereka semarak girang bukan gelodak perang
usapkan mereka tangan2 kadamaian bukan kuku2 percakaran
binakan mereka taman2 permainan
buat mereka mendidik kasih syg
dan rasa kemanusiaan
yang telah lama hilang...
***nanti ym bgtau sri yer...sri da add
Jika semua orang di dunia berfikiran sebegitu alangkah amannya dunia ini...sy da time add sri...
setangkai gandum & sebutir bom..
ini buku baru dr aidh ke ni... tak pernah jumpa lagi...
hehehehe... sbnrnya dah lama tak masuk kedai buku... dah 2 bulan...
a'hhh....buku baru coz ulasan lam tue mengenai hal ehwal terbaru...MPH insyALLAH ada...
manusia dulu dah berubah menjadi manusia akhir zaman...
Catat Ulasan