? ??????????????The Giving Tree? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 508 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Pug Lovers Unite? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 149 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Bamboo Forest? ????? ?????? ???Ra BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Rabu, 9 September 2009

Kesedaran yang dikongsi


"Ishh..baju raya tak beli lagi ni," keluh ramai manusia kerana Hari Raya bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi. Maka gedung, bazar dan pasar malam dipenuhi segenap manusia yang mencari pakaian secantik mungkin untuk digayakan di hari meriah tersebut.

"Kuih raya buat dah?" soalan yang amat popular waktu sengit sekarang. Hampir setiap wanita bertanyakan soalan ini apabila bertemu sesama mereka.

Susah sebenarnya hendak merubah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Memerlukan ruang masa dan istiqamah yang tinggi. Kebiasaan yang hampir bertukar menjadi adat adakala mengundang kejanggalan pada diri dan sesetengah individu.

Pakaian itu perlu bagi menutup aurat. Makanan itu juga perlu bagi meneruskan kelangsungan hidup. Malah kedua-duanya termasuk dalam keperluan. Niat mulanya amat murni jika membeli pakaian adalah untuk menutup aurat sepertimana digariskan Allah Taala. Juga murni jika makan untuk tenaga agar setiap kerja menjadi amalan. Namun niat itu akan berubah jika keperluan itu sudah berubah menjadi kehendak. Segala-galanya perlukan yang indah, cantik, berjenama, berkualiti dan berharga. Seiring itu niat agar nampak cantik, mewah dan melebihi orang lain. Akibat terlalu memikirkan keperluan yang sudah bertukar menjadi kehendak mulalah ibadat dikesampingkan. Kadang-kadang ia berlaku tanpa disedari. Jika sedar itu anugerah yang perlu diperbetulkan segera.

Baiknya seorang ibu membeli pakaian raya untuk anak-anak. Juga menyediakan dan membeli juadah raya sebagai santapan keluarga. Menyediakan duit raya buat ibu bapa, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga jua tetamu yang hadir sebagai sedekah dan sumbangan peribadi. Pengorbanan seorang ibu tidak ternilai bukan setakat kepada anak-anak malah seluruh insan yang berdamping dengannya kerana wanita dianugerahi sifat penyayang melebihi lelaki. Lebih baik pengorbanan itu jika setiap letihnya itu diniatkan lillah hi taala. Lebih bernilai pengorbanannya itu diterapkan rasa syukur dan bersederhana pada setiap jiwa yang diberi. Bersederhana pada urusan dunia. Bertungkus-lumus pada urusan akhirat.

*********
"Haa..ustazah..takkan di rumah Rasulullah hanya ada sebiji kurma sahaja," terkejut seorang murid tahun 4 dengan kenyataan melalui ceritaku beberapa hari lalu.

Akibat keasyikan dunia kita terlupa bahawa kita sudah terlebih mewah dengan makanan, pakaian dan barang-barang lain. Malah sering berfikir untuk merasai keenakan resepi terbaru dan menambah koleksi pakaian peribadi. Mungkin diri punya kemampuan. Namun akibat kemampuanlah sering terleka dari batas kesederhanaan. Justeru melupakan insan yang masih ramai tersadai kemiskinan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Lemahnya iman seorang hamba yang mendapat nikmat dunia yang lupa untuk dikongsikan sesama hamba yang tidak mendapatnya. Walaupun itu usaha dan kerajinan sendiri namun Allah yang memberi mengharapkan hamba-Nya hidup berkongsi sekaligus tidak mementingkan diri. Maka kerana itulah zakat menjadi rukun. Sedekah digalakkan.


*********
Merantau sambil belajar di negara arab telah terbentang depan mata bangsa ini yang sering menabur sedekah dan zakat pada golongan yang berhak mendapatnya. Bukan pada cek sebesar banner pada ruangan akhbar. Hanya melalui laluan hidup seharian yang mencetuskan kesedaran. Sekaligus menimbulkan semangat mengikut jejak dan membudayakan di tanahair tercinta. Pemberian yang ikhlas adalah menggunakan tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri. Itulah antara golongan yang akan menjadi penghuni syurga seperti yang terdapat di dalam hadis.

Aku juga manusia yang sering terlupa..
bila tersedar itulah nikmat dari-Nya..
kesedaran itu harus dikongsi bersama
agar hari muka sama-sama turut berbahagia..

2 comments:

naim isa berkata...

Ya, pengorbanan ibu terlalu besar.
Tiada tandingannya.
Benarlah firman Allah dlm ayat 15, surah al-Ahqaaf.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). / (15)

eva berkata...

yup..betul tue..darjat wanita telah diangkat Allah but kenapalah wujud lagi golongan seperti sisters in islam ek?..manusia pelbagai itulah sebenarnya diwujudkan jannah dan nar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...