Malah ada yang sudah memiliki blog sendiri dengan pengikut yang ramai.
Ada juga yang ingin membina blog dan minta tunjuk ajar di usia yang baru 10 tahun.
Nampaknya mereka memang celik ICT.
Itu cerita anak muridku dari 213 orang murid di SKBS di dalam kebun kelapa sawit.
Di luar sana ramai lagi kanak-kanak dan remaja yang tidak buta ICT.
Mereka memang maju selaras perkembangan zaman.
Ibu bapa, guru malah Perdana Menteri sendiri pasti berbangga.
Namun pernah ditelitikah berapa ramai pula kanak-kanak dan remaja yang tidak buta al-Quran?
Akibat kesedaranlah diwujudkan program j-QAF lima tahun yang lalu.
Agar warga Malaysia yang majoriti Islam didedahkan dan dididik dengan al-Quran sejak dari sekolah rendah lagi.
Hasilnya memberangsangkan mengikut kata seorang pensyarah.
Jelas dalam ruang lingkup SKBS yang kecil murid-murid mempunyai kemajuan dan minat mendalam pada al-Quran walaupun dia adalah murid KIA 2M (pemulihan).
Kanak-kanak ini makin celik al-Quran.
Jika ada yang buta mungkin sekadar minoriti.
Pengajaran dan didikan ini perlu berterusan.
Seiring sudah kecelikkan kanak-kanak ini pada hal dunia dan akhirat.
Al-Quran dan ICT.
Jika diadun keduanya akan mewujudkan kehidupan yang mantap.
*******
Kelas pendidikan al-Quran minor pada hari ini sungguh mencabar.
Mencabar bukan kerana ideologi dan method yang terdapat di dalamnya.
Malah bukan juga dek pembentangan.
Namun kerana kelemahan bacaan yang dikorek dari setiap dada para guru ini.
Tidak bermaksud buta al-Quran.
Boleh membaca tapi perlu perhaluskan agar bacaan menjadi mantap mengikut cara bacaan imam-imam masyhur di Mesir, Mekah dan Madinah.
Tidak mustahil dapat mengikut lahjah mereka 100% dengan latih tubi dan talaqi.
Namun jika sekadar dapat membaca dengan gaya arab juga sudah memadai setelah latih tubi dan talaqi dilaksanakan.
Pentingnya ada usaha untuk memperbetulkan bacaan al-Quran dari sehari ke sehari.
Ilmu di dalam al-Quran itu terlalu banyak.
Ilmu cara membacanya juga banyak.
Terlalu menarik untuk dicungkil ilmu-ilmu agar dada terisi dengan butir permatanya sebagai amalan dan tunjuk ajar pada insan yang lain di masa hadapan.
2 comments:
Perlu juga dibuat kempen membaca al-Quran macam projek Nilam (untuk galakan mmbaca buku) di sekolah-sekolah.....
bagus juga cadangan tue...
boleh dicadang dan dilaksanakan...insyAllah...
tapi dengan tarbiah dan tunjuk ajar dari guru kerana program nilam tue pun ramai aja yg menipu...hanya tulis tajuk buku aja tanpa membacanya...
genius serba serbi budak zaman sekarang...hehe
Catat Ulasan